Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

MOTIVASI.. berapa nilai dan harga sesebuah MOTIVASI itu?

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampai-kan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.


Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.


p/s:- Anda lebih bijak menilainya...

0 comments: