Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Pra Universiti

0 comments

Hai, adik-adik semua^_^ Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM, adalah wajar jika adik-adik berfikir dan merancang laluan masa depan mulai sekarang. Selepas SPM, terdapat beberapa laluan untuk dipilih oleh adik-adik semua.
Bagi adik-adik yang berminat melanjutkan pelajaran ke IPTA, terdapat beberapa caranya. Adik-adik boleh memohon untuk mengikuti program yang selaku ‘pra-universiti’ seperti:
>>Program Matrikulasi KPM
>>Program Asasi IPTA
>>Diploma IPTA
>>Tingkatan 6




Program Asasi IPTA

Dalam topik ini, kami akan menerang tentang Program Asasi IPTA, khususnya Program Asasi yang ditawarkan oleh Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

Apakah itu Program Asasi? Untuk pengetahuan semua, Program Asasi dikendali oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus. Ia akan mengambil masa antara 1 hingga2 tahun. Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Bagi lulusan program asasi universiti yang lain, mereka akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Dalam Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM), terdapat 3 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal dan Asasi Alam Bina. Untuk pengetahuan semua, PASUM hanya boleh dipohon oleh pelajar bumiputra. Jadi, pelajar-pelajar bukan bumiputra boleh memilih cara yang lain seperti matrikulasi dan Tingkatan 6.

Berikut merupakan syarat-syarat kemasukan PASUM. Jika adik-adik merancang untuk memohon, haruslah pastikan bahawa adik-adik memenuhi prasyarat tertentu, terutamanya subjek-subjek yang diambil.

Pra-syarat Kemasukan PASUM:

-Bagi Program Sains Hayat, adik-adik perlu mendapat sekurang-kurang 4B dalam mata pelajaran Biologi dan sekurang-kurang 5C bagi Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris.

-Bagi Program Sains Fizikal pula, adik-adik perlu mendapat sekurang-kurang 4B dalam mata pelajaran Matematik dan sekurang-kurang 5C bagi Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris.

** Jika adik-adik berminat dengan program asasi sains PASUM, pastikan adik-adik mengambil Fizik dalam SPM

-Bagi Program Asasi Alam Bina, permohanan terbuka kepada lulusan SPM dalam kedua-dua aliran sains serta sastera.

Bagi adik-adik dari aliran sains, adik-adik perlu mendapat minimum gred 4B dalam mata pelajaran Matematik, mendapat minimum gred gred 5C dalam mata pelajaran Fizik dan Bahasa Inggeris, mendapat minimum gred 5C dalam 2 mata pelajaran berikut: [ Matematik Tambahan, Kimia, Sejarah, Pendidikan Seni, Lukis Kejuruteraan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Geografi, mata pelajaran Teknikal (Kejuruteraan Awam/Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan) ]

Bagi adik-adik dari aliran sastera, mendapat minimum gred 2A dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, mendapat minimum gred 5C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, mendapat minimum gred 5C dalam 2 mata pelajaran berikut: [ Sejarah, Pendidikan Seni, Lukis Kejuruteraan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Geografi, Mata pelajaran Teknikal (Kejuruteraan Awam/Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Teknologi Kejuruteraan) ]

Maklumat tentang universiti-universiti yang menawarkan Progam Asasi:

-Universiti Malaya (UM) menawarkan7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina (di Pusat Asasi Sains) Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (di Akademi Pengajian Islam).

-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

-Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan Program Asasi Sains Pertanian

-Universiti Teknologi MARA (UiTM)

-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

-Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

**memandangkan maklumat yang dibekalkan oleh NVC adalah berdasarkan Universiti Malaya, jadi adik-adik adalah didorong untuk mendapatkan maklumat yang lebih mencukupi melalui kaunselor sekolah, melayari laman web universiti atau laman web yang berkenanan.



Cara-cara memohon PASUM:

(1) mendapatkan borang permohonan yang boleh dipesan melalui sekolah masing-masing sekitar bulan Oktober/November.
(2) pemohon boleh mendapat set borang permohonan di Cawangan Bank Simpanan Nasional sekitar bulan Februari.
(3) Melalui applikasi dalam talian (online) di www.mohe.gov.my yang dibuka sekitar bulan Februari.

** Mengenai tarikh permohonan yang sebenar, adik-adik perlu sentiasa prihatin terhadapnya agar tidak melepasi peluang permohonan. Adik-adik boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada kaunselor sekolah. Selain itu, maklumat tersebut akan diumumkan melalui surat khabar.


[...]