Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Showing posts with label bukan marah..nasihat.. Show all posts
Showing posts with label bukan marah..nasihat.. Show all posts

PAYAH ATAU MALAS ?

0 comments

Kita selalu beranggapan kegagalan sesuatu kerja kerana kesilapan orang lain,pelbagai alasan diberikan malah jika melibatkan kesilapan sendiri ,kita payah untuk mengakuinya.


Banyak peluang keemasan terlepas begitu sahaja kerana kesilapan yang disengajakan. Semuanya berpunca dari sikap malas. Apakah kategori yang dikatakan seseorang yang pemalas?.


Bersama ini saya senaraikan contoh-contoh alasan mereka yang dikata pemalas.

  • Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukan

  • Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

  • Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar melakukannya.

  • Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

  • Mereka berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

  • Mereka yang mudah melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.

  • Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

  • Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

  • Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

  • Mereka ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

  • Mereka ada kelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

  • Mereka yang berdaya tetapi berpura-pura tidak boleh melakukannya.

Semuanya alasan-alasan bagi mereka yang sememangnya malas, walaupun apa alasannya kalau sudah tabiat mereka sebegitu ianya dikategorikan sebagai PEMALAS & BERAT TULANG

[...]

Ingatan bagi pelupa: Akal elak sikap lalai kebaikan

0 comments

ABUL-Laits meriwayat dengan sanad daripada Ali Abi Talib yang mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Seharusnya seorang yang berakal itu tidak tekun kecuali dalam tiga perkara, iaitu berusaha untuk keperluan hidup, beramal untuk hari kemudian (akhirat) dan bersuka-suka yang tidak haram. Juga berkata, “Seseorang harus dapat mempergunakan siang kepada empat waktu, iaitu, waktu untuk bermunajat kepada Allah; waktu untuk memperbaiki diri; waktu untuk mengajar ilmu dan melayani kehidupan yang baik dan halal.
Sumber: Abullaits Assamarq

[...]

Renungan buat Kaunselor dari Cikgu Loh

2 comments

Pernah satu masa dahulu saya bertanya kepada seorang Guru Besar mengapa dia marah sangat guru kaunselingnya padahal guru bimbingan dan kaunseling itu buat pelbagai program yang hebat-hebat. I tengok dokumentasinya pun i respect.

Ini alasannya:

i) kalau takat buat program guru tersebut cukup hebat, tapi bila minta buat sesi (baik individu atau kelompok) dia kata tak ada masa.
ii) Lebih mengutamakan yang luar dari yang dalam (bak kata pepatah kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan)
iii) Buat program yang syok sendiri, tak pernah rujuk pada pentadbir dan tidak kena dengan keperluan sekolah. (tak ada SWOT dan TOWS)
iv) asyik hilangkan diri sahaja.

Pengajarannya:

Bukan semua guru bimbingan dan kaunseling yang 'hebat-hebat' tu hebat, jadi cermin-cerminkan diri dan bekerjasamalah dengan pihak sekolah. Guru Besar tetap boss kita.
Kaunseling individu dan kelompok tu nasi, program tu lauk dan ulam-ulamnya. Dua-dua tu diperlukan, barulah perkhidmatan kita tu dihormati.

Guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan sepatutnya mengwujudkan suasana yang teraputik di sekolah. Tepuk dada, tanya selera.

[...]

Bercakap” jangan “bercakap-cakap”

0 comments

Sebagai seorang pelajar sekolah yang cemerlang mereka seharusnya mampu mengeluarkan pandangan, buah fikiran yang bernas maupun memberi kritikan yang membina dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif serta membina keperibadian dan ketrampilan diri yang unggul. Ia menjadi satu keperluan kepada diri pelajar sebagai satu persediaan bukan sahaja untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi malah sebagai langkah penyuburan diri dalam karier masing-masing nanti.


Untuk mencapai hasrat yang murni ini, pelajar perlulah “bercakap” dengan erti kata digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Melalui percakapan yang dilahirkan dalam mesyuarat, perbincangan, perbahasan atau persembahan, mereka mampu mengasah bakat serta memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu sepertimana yang dihasratkah oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apa yang dikesalkan ialah pelajar lebih gemar ”bercakap-cakap” daripada ”bercakap”. Apa yang dimaksudkan dengan ”bercakap-cakap” ialah berbual kosong, mengkritik tanpa rasional atau hanya ingin berbuat bising dengan bertujuan untuk menggagalkan sesuatu program yang ingin dijalankan.


Pelajar begini hanya berani bercakap-cakap di belakang tetapi tidak berani menonjolkan diri dalam sesuatu majlis. Mereka sebenarnya penakut kerana tidak ingin bertanggungjawab dengan apa yang mereka katakan. Mereka lebih suka agar segala perancangan yang baik itu tidak dapat dinikmati oleh sesiapapun termasuk mereka sendiri. Pelajar seumpama ini mengamalkan tabiat apa yang diistilahkan oleh Pakar Motivasi Stephen Covey sebagai gagal.

Di antara perlakuan yang harus dilakukan oleh pelajar agar diri mereka sentiasa cemerlang ialah:
• Menyertai aktiviti secara aktif: Walaupun aktiviti diwajibkan untuk pelajar menyertainya tetapi ia bukanlah hakikat sebenar untuk menyertai sesuatu aktiviti. Penyertaan seharusnya menyeluruh bukan sekadar untuk memenuhi jadual kedatangan sahaja. Pelajar boleh mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau menjadi anggota ahli jawatankuasa ataupun sekurang-kurangnya menjadi pembantu kepada rakan peserta. Dengan cara ini pelajar mampu belajar berbagai pengalaman melalui penglibatan tersebut.
• Pemindahan ilmu: Pelbagai ilmu dipelajari dalam penyertaan pelbagai aktiviti. Ilmu, pengetahuan dan pengalaman bukan hanya berakhir di situ sahaja, tetapi boleh diperkembang, diguna dan dipindahkan ke dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh dalam aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah pelbagai teknik telah dipelajari untuk memberi bantuan kecemasan. Dalam hal ini sekurang-kurangnya teknik ini dapat digunakan dalam kehidupannya maupun dalam kehidupan masyarakat umum.

Justeru, pelajar harus mengambil bahagian secara aktif agar hasilannya nanti dapat memberi manfaat ke arah pembangunan diri.

Aktiviti kumpulan:
Bincangkan bagaimana aktiviti yang diceburi di sekolah dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian pelajar. Beri contoh-contoh yang spesifik.

[...]