Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Sekitar Pengumuman Keputusan PMR 2010

0 comments

Pencapaian PMR yang terbaik


2010/12/23
KUALA LUMPUR: Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun.

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd Adenan Deraman, berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lalu.

Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya.
Beliau berkata tiga sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah.

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lalu, katanya.
Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Saad, berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lalu.

Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lalu.

Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lalu.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abdidin, berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya.

"Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini, katanya.

Di KOTA BAHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A iaitu seramai 2,023 orang atau 6.76 peratus meningkat 1.86 peratus daripada tahun lalu iaitu seramai 1,510 calon atau 4.90 peratus.

Hussain berkata peningkatan pencapaian itu adalah peratus kecemerlangan tertinggi dicatatkan Kelantan dalam tempoh lima tahun. Seramai 36, 953 calon menduduki PMR di Kelantan tahun ini.

Di JOHOR BAHRU, seramai 3,575 calon daripada keseluruhan 53,082 calon PMR di negeri ini mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran, berkata secara keseluruhannya prestasi PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2007.

"Pencapaian keputusan cemerlang (semua A) meningkat sebanyak 267 orang (0.61 peratus) iaitu daripada 3,308 orang (6.12 peratus) pada tahun lalu kepada 3,575 orang (6.73 peratus), tahun ini," katanya.

Di PULAU PINANG, seramai 2,103 calon yang menduduki PMR berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran iaitu pencapaian 9A, 8A dan 7A berbanding sebanyak 1,971 pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Ibrahim Mohamad, berkata jumlah calon yang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 131 orang, 8A sebanyak 1,521 calon manakala pelajar yang memperoleh 7A adalah 450 calon.

Beliau berkata gred purata negeri meningkat kepada 2.70 pada tahun ini berbanding 2.72 pada tahun lalu.

Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Razak berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR adalah yang terbaik daripada perbandingan tiga tahun.

Beliau berkata pencapaian cemerlang (semua A) calon dalam PMR 2010 meningkat sebanyak 64 orang meningkat 0.62 peratus iaiatu 1,482 orang berbanding 1,418 pada tahun lalu.

Di KANGAR, seramai 333 calon atau 7.41 peratus daripada 4,494 calon PMR di Perlis mencatat A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Harun, berkata angka itu meningkat sebanyak 51 calon berbanding 282 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran tahun lalu manakala peratus pencapaian tahun lalu sebanyak 6.10 peratus.

Beliau berkata tujuh calon mencatat 7A, 258 orang memperoleh 8A dan 68 orang mendapat 9A.

Tiga sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau sama seperti pencapaian tahun lalu. - BERNAMA

[...]

TAKWIM SEKOLAH 2011

0 comments

Kumpulan B

Penggal I
Hari Persekolahan Mula 03.01.2011 Akhir 31.01.2011 (21 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.02.2011 Akhir 28.02.2011 (20 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.03.2011 Akhir 11.03.2011 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal Mula 12.03.2011 Akhir 20.03.2011 (9 Hari)

Hari Persekolahan Mula 21.03.2011 Akhir 31.03.2011 (9 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.04.2011 Akhir 30.04.2011 (21 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.05.2011 Akhir 27.05.2011 (20 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun Mula 28.05.2011 Akhir 12.06.2011 (16 Hari)

Penggal II

Hari Persekolahan Mula 13.06.2011 Akhir 30.06.2011 (14 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.07.2011 Akhir 31.07.2011 (21 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.08.2011 Akhir 26.08.2011 (20 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal ke II Mula 27.08.2011 Akhir 04.09.2011 (9 Hari)

Hari Persekolahan Mula 05.09.2011 Akhir 30.09.2011 (20 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.10.2011 Akhir 31.10.2011 (21 Hari)
Hari Persekolahan Mula 01.11.2011 Akhir 18.11.2011 (14 Hari)
Cuti Akhir Tahun Mula 19.11.2011 Akhir 01.01.2012 (44 Hari)

Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B hanyalah untuk negeri berkenaan iaitu:-
• Perlis
• Pulau Pinang
• Perak
• Selangor
• Negeri Sembilan
• Melaka
• Johor
• Pahang
• Sabah
• Sarawak
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Wilayah Persekutuan Labuan
• Wilayah Persekutuan Putrajaya

p/s:- tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar bolehlah merancang segala urusan bagi tahun 2011 mulai sekarang.. SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!

[...]

Bulan Islam

0 comments

Semakin jauh di hati generasi muda
Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

APABILA dilontarkan soalan mengenai urutan nama-nama bulan Islam kepada 10 anak muda kini, tidak mustahil sembilan daripada mereka terdiam atau tergagap-gagap menyebut satu demi satu bulan Islam.

Sementara yang seorang lagi pun, mungkin berjaya menamakan bulan-bulan Islam selepas menyanyi perlahan sebuah lagu bertajuk Bulan-bulan Islam nyanyian kumpulan nasyid Alarm Me yang pernah dihafalnya ketika di bangku sekolah.

Bagi kebanyakan anak muda, mereka sekadar tahu nama bulan-bulan tertentu yang melibatkan perayaan seperti bulan Ramadan, Syawal, Muharam dan Zulhijjah.

Senario sebegitu adalah gambaran umum mengenai betapa jauhnya takwim Islam di hati anak-anak muda kini berbanding takwim Masihi yang kita gunakan setiap hari.

Jika ada antara kita yang menghafal bulan-bulan Islam sekali pun, mungkin ada segelintirnya yang tidak tahu mengenai sejarah takwim Islam itu sendiri.

Bila ia bermula dan siapa yang mencetuskan takwim tersebut?

Hijrah Rasulullah

Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Che Alias Che Ismail, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah dimulakan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar al-Khattab.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah dijadikan asas kepada penetapan permulaan sambutan Maal Hijrah, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah.

Asas pembinaan takwim Islam sebenarnya telah digambarkan di dalam al-Quran iaitu Surah Yunus Ayat 5 yang bermaksud:

‘Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.

‘Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya.'

“Sebelum dilaksanakan penetapan takwim Hijrah ini dan semasa hayat Rasulullah SAW, takwim yang digunakan ialah sistem takwim Qamariyah (sistem hitungan bulan).

“Penentuan tahun pula dirujuk kepada tahun berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian seperti tahun gajah, peperangan al-Fijar, tarikh pembinaan Kaabah dan sebagainya. Cara penetapan sedemikian tidak boleh dijadikan pegangan kerana catatannya tidak menggunakan kaedah yang tetap dan seragam,” jelasnya.

Tambah Che Alias, segalanya bermula pada tahun 17 Hijrah iaitu tahun keenam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Saidina Umar al-Khattab bersetuju dengan cadangan Saidina Ali Abi Talib supaya menjadikan tahun Rasulullah SAW berhijrah sebagai tahun pertama bagi takwim Hijrah.

Saidina Uthman Affan pula mencadangkan supaya bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem takwim Hijrah walaupun tarikh sebenar Rasulullah berhijrah adalah pada akhir bulan Safar dan tiba di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiul Awal bersamaan 24 September 622 Masihi.

Bermula daripada peristiwa tersebut, umat Islam dengan rasminya mempunyai satu sistem kalendar tersendiri yang dinamakan takwim Hijrah.

Perbezaan

Perhitungan takwim Qamariah adalah berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang setiap pusingan mengambil masa selama 29.53059 hari dalam hitungan falak. Ini berbeza dengan perkiraan takwim Syamsiyah yang merujuk kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

Firman Allah dalam Surah al-Kahfi Ayat 250 bermaksud: ‘Dan mereka tinggal dalam gua mereka selama 300 tahun dan (sebahagian) manusia menambah sembilan (tahun kepadanya)’.

“Mengikut perkiraan ilmu falak, ayat tersebut menunjukkan bahawa 300 tahun bagi tahun Masihi (Syamsiyah) adalah menyamai 309 tahun Qamariah atau tahun Hijrah yang digunakan sebagai takwim Islam sekarang.

“Ini terbukti melalui kiraan jumlah hari yang berkitar 29-30 hari bagi satu pusingan pergerakan bulan mengelilingi bumi (satu kitaran), bersamaan dengan satu tahun mempunyai 354 hari iaitu 11 hari kurang dari tahun Syamsiyah iaitu kalendar Masihi yang berjumlah 365 hari atau 366 pada tahun lompat,” jelasnya.

Tambahnya, takwim Hijrah telah diambil kira pemakaiannya semenjak tahun 622 Masihi yang dikuatkuasakan penggunaannya pada zaman Khalifah Saidina Umar al-Khattab hingga kini.

Sementara itu, walaupun takwim Syamsiyah (Masihi) telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan kerajaan Rom (kalendar Julian), namun kalendar yang diguna pakai sekarang adalah takwim yang diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII (kalendar Gregorian) pada tahun 1582 Masehi.

Menyentuh mengenai keistimewaan takwim Islam, Che Alias memberitahu, ia menjadi panduan kepada umat Islam bagi hari dan bulan ibadat, contohnya penetapan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

“Takwim Islam juga penting dari segi sejarah terutamanya bagi memperingati berlakunya peristiwa besar Islam seperti Nuzul al-Quran, Israk Mikraj, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan amalan-amalan yang lain.

Takwim Islam dapat melenyapkan era takwim zaman jahiliah dalam setiap aspek kehidupan umat Islam sama ada dari segi akidah, syariah, muamalah dan akhlak,” katanya.

Jelas Che Alias, pada akhir tahun bagi takwim Hijrah iaitu akhir bulan Zulhijjah, umat Islam digalakkan berdoa (doa akhir tahun) sementara menunggu masuknya awal Muharam yang ditetapkan sebagai awal tahun Hijrah yang baru.

Umat Islam juga digalakkan membaca doa awal tahun bagi memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Tarikh global

Dalam pada itu, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Ismail Ibrahim memberitahu, senario ramai anak muda tidak mengetahui bulan-bulan Islam berlaku kerana kita sudah mewarisi penggunaan kalendar Masihi yang menjadi satu amalan penggunaan tarikh global.

“Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengamalkannya kerana semua masyarakat antarabangsa menggunakan tarikh yang sama. Walaupun kini mereka hanya mengingati peristiwa atau hari-hari kebesaran Islam tertentu, itu sudah cukup baik.

“Kita bersyukur kerana negara kita mementingkan penggunaan tahun hijrah dari sudut cuti umum seperti satu Muharam, 12 Rabiul Awal, awal Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan mengenai bulan-bulan Islam ini perlu diterapkan pada peringkat pendidikan anak-anak, bermula di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat tinggi.

“Kini sudah banyak yang menggunakan tarikh-tarikh hijrah sebagai contoh di akhbar-akhbar dan di dalam takwim-takwim yang sedia ada.

“Walaupun sambutan tahun baru Hijrah tidak semeriah tahun baru Masihi, ini tidak bermakna mereka tidak mengenali tahun Hijrah.

“Kita lihat tahun baru Masihi lebih meriah diraikan kerana budaya dan amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini mengikut cara sambutannya di seluruh dunia,” ujar Ismail.

Berbeza pengisian

Cara meraikan sambutan tahun baru Islam juga berbeza pengisiannya berbanding tahun baru Masihi yang sinonim dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan.

“Sebagai mengimbanginya, kita juga meraikan tahun baru Masihi dengan cara mengadakan forum-forum dan acara-acara keagamaan bagi mengingati syiar Islam dan kebesaran Allah.

“Selain itu, sambutan Maal Hijrah juga disambut meriah dengan pelbagai program seperti perarakan, perjumpaan Maal Hijrah di negeri-negeri seluruh negara, pengurniaan Tokoh Maal Hijrah dan sebagainya,” katanya.

Ismail menyarankan, cara terbaik untuk menimbulkan kesedaran mengenai bulan-bulan Islam adalah mengaitkannya dengan peristiwa yang berlaku dalam keluarga seperti pertunangan, perkahwinan, kelahiran dan sebagainya.

Di sekolah pula, takwim Islam mungkin boleh disertakan dengan tahun Masihi bagi mendedahkan generasi muda mengenai takwim Islam.

Selain itu katanya, kalendar-kalendar sepatutnya disertakan dengan tarikh-tarikh Islam kerana di Malaysia takwim Islam sudah ditetapkan sepanjang tahun.

[...]

Jadual bayaran gaji guru/kakitangan awam 2011

0 comments

Jadual bayaran gaji guru/kakitangan awam 2011

by Amada Yung on Friday, November 26, 2010 at 6:07am


BULAN TARIKH HARI CATATAN

Januari 25/1/11 SELASA

Februari 24/2/11 KHAMIS CNY

03 &04.02.2011

Mac 24/3/11 KHAMIS

April 25/4/11 ISNIN

Mei 24/5/11 SELASA Pesta Menuai

30 &31.05.2011

Jun 23/6/11 KHAMIS Hari Gawai

01 & 02.06.2011

Julai 25/7/11 ISNIN

Ogos 24/8/11 RABU Hari Raya Puasa

30 & 31.08.2011

September 22/9/11 KHAMIS

Oktober 20/10/11 KHAMIS Deepavali

26.10.2011

November 24/11/11 KHAMIS Hari Raya Haji

06.11.2011

Disember 19/12/11 ISNIN Hari Krismas

25.12.2011

[...]