Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Lawatan KKRS ke Simpang Mengayau

0 comments

KKRS akan menganjurkan Lawatan ke Simpang Mengayau, Kudat, Sabah pada 29 & 30 Mei 2010. Peserta akan bermalam di Kudat Golf & Marina Resort selama 1 malam. Harga RM148 sebilik termasuk sarapan pagi pada 30 Mei 2010. Satu bilik mempunyai 2 katil atau 1 king size bed (sesuai untuk pasangan suami isteri). GBK sudah tempah (pre-reservation) 50 bilik yang terdiri daripada 38 bilik 2 katil & 12 bilik 1 king size bed. Pengangkutan adalah sendiri, boleh konvoi beramai2 dari Sipitang (akan ditentukan kemudian). Makan minum juga tanggungan sendiri. KKRS cuma uruskan penginapan. Aktiviti kebanyakkannya santai sahaja seperti ambil gambar, lepak-lepak, sembang-sembang dan merehatkan minda. Anggaran kos ke sana ialah RM300 (RM74-duit bilik, RM100-duit minyak, RM50-makan minum, RM76-cenderakenangan dan pelbagai).

Guru-guru dan AKS yang berminat untuk turut serta, sila tulis nama di atas borang yang dilekatkan di papan notis bilik guru dan bilik panitia secepat mungkin sebelum 01/04/2010. Pembayaran penginapan boleh dibuat pada minggu seterusnya untuk pengesahan tempat. Harap Maklum.

[...]

Masa BM, BI Ditambah 2011

0 comments

KUALA LUMPUR 20 Mac - Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu.

Beliau berkata, bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.

''Bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu.

''Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan.

Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.

"Ia tidak akan menyebabkan waktu persekolahan menjadi panjang kerana kita buat pengubahsuaian mana waktu kita (perlu) kurangkan dan mana waktu yang kita (perlu) tambah," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

[...]

PROGRAM LONJAKAN AKADEMIK SMKPB

0 comments

Semasa cuti persekolahan penggal pertama ini bermula 15 Mac hingga 18 Mac 2010, pihak sekolah di bawah kelolaan Unit Kurikulum dan UBK telah menganjurkan program kelas tambahan (Klinik PMR dan SPM) kepada murid tingkatan 3 dan 5 yang bakal mengambil peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Program yang julung kali diadakan ini diharap menjadi suatu wadah ilmu yang bermanfaat dan dapat memberi kesedaran kepada murid agar sentiasa mengulangkaji pelajaran dan memperbanyakkan latihan-latihan semasa berada di luar waktu pembelajaran di sekolah. Semoga kita semua dapat bersama-sama memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin demi melonjakkan lagi kecemerlangan murid SMK Padang Berampah.:D


P/S: buat rakan2 yang balik kg jgn lupa bawa ole2 tu huhuu..!


[...]

Taklimat 5 dalam 1 pada 06/02/2010

0 comments

Pelajar menerima Skim Galakan PIBG Murid Cemerlang daripada En. Richard Kamtan Tuah setelah mendapat keputusan yang baik dalam PMR 2009


Perasmi, En. Richard Kamtan Tuah sudi menyampaikan Skim Galakan PIBG Murid Cemerlang kepada pelajar yang cemerlang dalam PMR 2009

Cenderamata kepada Perasmi, En. Richard Kamtan Tuah disampaikan oleh Pengetua, Pn. Hjh. Roslinah Hj. Suhailin

Dari kiri En. Rymond Isak Uta, En. Abd. Razak Abd. Karim dan En. Richard Kamtan Tuah

Ibubapa / penjaga sedang mendaftar di kaunter pendaftaran

’Banner’ Selamat Datang, Visi dan Misi SMK Padang Berampah

’Banner’ Majlis Perjumpaan dan Taklimat Khas PIBG SMK Padang Berampah



[...]

PAYAH ATAU MALAS ?

0 comments

Kita selalu beranggapan kegagalan sesuatu kerja kerana kesilapan orang lain,pelbagai alasan diberikan malah jika melibatkan kesilapan sendiri ,kita payah untuk mengakuinya.


Banyak peluang keemasan terlepas begitu sahaja kerana kesilapan yang disengajakan. Semuanya berpunca dari sikap malas. Apakah kategori yang dikatakan seseorang yang pemalas?.


Bersama ini saya senaraikan contoh-contoh alasan mereka yang dikata pemalas.

  • Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukan

  • Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

  • Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar melakukannya.

  • Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

  • Mereka berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

  • Mereka yang mudah melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.

  • Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

  • Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

  • Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

  • Mereka ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

  • Mereka ada kelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

  • Mereka yang berdaya tetapi berpura-pura tidak boleh melakukannya.

Semuanya alasan-alasan bagi mereka yang sememangnya malas, walaupun apa alasannya kalau sudah tabiat mereka sebegitu ianya dikategorikan sebagai PEMALAS & BERAT TULANG

[...]