Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Selamat Hari Guru 2009

0 comments

Walaupun sudah agak terlewat, namun UBK mewakili semua guru kaunseling SMKPB ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2009 khas kepada semua warga guru SMKPB dan semua warga guru di Malaysia amnya.

Dulu dia pegang rotan,

Kau kata dia garang,

Bila dia lambat masuk kelas,

Kau kata dia malas,

Bila dia marah-marah,

Kau kata dia melampau,

Kini kau adalah dia

Selamat Hari Guru


[...]

PERANAN PRS

0 comments


Pembimbing rakan sebaya terdiri daripada pelajar-pelajar yang dilatih dan didedahkan kepada pendekatan kaunseling dan penyebaran maklumat seperti peluang-peluang melanjutkan pelajaran, kerjaya dan latihan kemahiran. Pelajar-pelajar ini dilatih dari semasa ke semasa tentang bagaimana hendak membimbing rakan sebaya. Mereka dilantik untuk menjadi kaunselor kepada rakan-rakan mereka. Kaunselor di sekolah bertanggungjawab memilih pelajar-pelajar yang layak menjadi pembimbing rakan sebaya. Mereka boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Ia merupakan tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling biasa atau guru-guru lain.


Golongan remaja sering dilihat boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah dan hal yang mengganggunya dengan lebih mudah dan berkesan. Pembimbing rakan sebaya juga diberi latihan kemahiran berkomunikasi dan tata cara proses membantu rakan sebaya. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sebuah kumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Mereka tidak dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan pihak sekolah dan orang dewasa. Pengaruh rakan sebaya merupakan tenaga yang kuat mempengaruhi golongan remaja. Berbekalkan latihan dan asuhan yang sesuai, pembimbing rakan sebaya hendaklah diwujudkan dan aktif di sekolah.


Mengikut Mohd Mansor Abdullah (1995), kaunseling rakan sebaya amat sesuai dan berkesan. Ini adalah kerana golongan ini terhampir sekali dengan pelajar. Guru dan ibu bapa dianggap asing bagi mereka. Bagaimanapun, pembimbing rakan sebaya dapat berhubung dengan pelajar yang sebaya dan mengenal mereka yang bermasalah. Ia memberi penjelasan secara efektif mengenai dadah, arak, rokok, ponteng dan kes disiplin lain dengan merujuknya jikalau perlu kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka. Pembimbing rakan sebaya juga membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik dengan memberi jalan penyelesaian terbaik. Mereka juga membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam bimbingan dan kaunseling kelompok.


Pembimbing rakan sebaya membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya. Sementara itu, mereka bertindak sebagai faktor pembantu pelajar-pelajar yang sebaya dalam bidang pendidikan. Mereka juga membantu dalam aktiviti orientasi pelajar-pelajar baru, mengelolakan kelab bimbangan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya dan pekerjaan.

[...]

Kursus paksa

1 comments

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


HANYA kerana ingin memberontak, tidak berpuas hati dan terpaksa mengambil kursus kurang diminati, sesetengah pelajar sanggup menggadaikan masa depan serta mensia-siakan peluang yang diberikan.

Disebabkan tidak berminat dengan kursus terbabit, sesetengah pelajar sanggup belajar separuh jalan.

Ada juga enggan belajar bersungguh-sungguh dan gagal dalam peperiksaan.


Situasi itu bukan saja memberi kesan negatif kepada pelajaran, tetapi menggelapkan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kenapa perkara ini perlu berlaku? Bukanlah setiap apa yang dipelajari itu adalah ilmu dan harus dihargai? Jika faktor minat, bukankah ia boleh dipupuk?

Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datin Nor Aziah Mohd Awal, berkata tidak dinafikan dalam pemilihan kursus, minat adalah paling utama.

Menurutnya, jika seseorang itu meminati apa yang dilakukan, ia memberikan hasil yang terbaik.

"Namun, tanpa minat, seseorang itu boleh berjaya jika dia belajar bersungguh-sungguh dan menerima apa yang dipelajari dengan hati yang terbuka.

"Selain itu, minat juga akan datang dengan sendirinya jika mengenali kursus itu dan tahu apa kelebihannya," katanya.

Nor Aziah berkata, sebagai seorang pelajar, mencari ilmu adalah satu tanggungjawab dan ia perlu dilaksanakan dengan sempurna.

"Walaupun pada awalnya mungkin ia tidak boleh diteruskan, cuba perlahan-lahan tanam minat itu dan menjadikannya sebagai satu keperluan yang perlu lakukan.

"Ini mungkin membantu dalam meringankan beban pelajar yang tertekan kerana terpaksa mengikuti kursus yang tidak diminati," katanya.

Di samping itu, katanya, tidak semestinya masa depan seorang pelajar itu gelap hanya mengikuti kursus yang tidak diminati.

"Kursus yang diambil bukanlah penentu kerjaya selepas menamatkan pengajian. Ini kerana, dalam era globalisasii, bidang kerjaya sangat meluas dan ia bukan hanya berlandaskan kepada sijil atau diploma.

"Malah, ahli perniagaan, korporat atau mereka yang berjaya hari ini bukan semua mengikuti kursus yang diminati.

"Namun, kerana ingin berjaya, mereka meneruskan kursus terbabit dan mengejar cita-cita mereka selepas menamatkan pengajian," katanya.

Bagi pelajar yang menerima tawaran kursus yang tidak diminati dan tiada keinginan berjaya, Nor Aziah menasihatkan mereka memberi peluang itu kepada orang lain.

"Jika tidak boleh menerima kursus itu, janganlah membuang masa anda kerana ramai lagi yang berminat mengikutinya," katanya.

Seorang bekas mahasiswa, Mazlina Abu Bakar, 30, berkata tidak rugi mempelajari kursus yang tidak diminati walaupun terpaksa atau dipaksa.

Dia yang juga terpaksa mengikuti kursus yang tidak diminati, berkata ilmu yang diperoleh itu mungkin berguna di kemudian hari walaupun bidang itu menyimpang dari kursus yang diikuti.

"Tidak semestinya kita menghabiskan masa bertahun-tahun mengikuti kursus yang tidak diminati, sia-sia saja.

"Mungkin ia tidak sesuai dengan kerjaya yang dijawat sekarang, tetapi dalam kehidupan seharian, sedikit sebanyak ilmu itu akan berguna," katanya.

Mazlina mengambil bidang kedoktoran sedangkan meminati bidang penyiaran.

"Walaupun tidak menjadi doktor, saya masih boleh mengaplikasikan ilmu perubatan dalam kehidupan seharian.

"Ilmu perubatan saya gunakan dalam masa kecemasan," katanya yang kini sudah membuka syarikat produksi sendiri.

Sebagai bekas pelajar yang pernah tertekan dengan kursus yang tidak diminati, Mazlina menasihatkan pelajar senasib meneruskan kursus yang ditawarkan itu.

"Sebagai pelajar, kita perlu menerima ilmu yang diperoleh. Jangan kerana tidak minat, kita mensia-siakan masa depan.

"Dengan kelulusan dari kursus yang tidak diminati, ia seperti batu loncatan mencapai cita-cita dan merealisasikan impian selama ini," katanya.

[...]

HUKUMAN ROTAN PATUT DILAKSANAKAN SEMULA. APA PENDAPAT ANDA?

0 comments

Keputusan undian ialah 13 setuju, 1 kurang setuju, 1 tidak setuju, 1 digantikan dengan hukuman lain


nota kaki:- UBK bersetuju dengan hukuman rotan... selepas dirotan.. bawalah pelajar itu berjumpa dengan guru kaunseling dalam tempoh terdekat.. jgn hari ni rotan.. terus bg guru kaunseling.. benda tu tak jadi... jumpa guru kaunseling selepas 2-3 hari.. selepas dah tenang.. insya-Allah guru kaunseling akan rasionalkan pelajar tersebut supaya tidak berdendam dengan guru yg telah merotannya... sekian sahaja curahan rasa UBK.. renung-renungkan.. selamat beramal!!

[...]

BE POSITIVE

0 comments

7 Asas Memupuk Fikiran Positif

Bagaimana nak berfikiran positif? Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...
1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hati, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.
2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.
3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.
4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda.Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar.Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.
5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
6. Jangan Ambil Kisah Cakap Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.
7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.
Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

[...]