11 PEMIKIRAN ‘TIDAK RASIONAL’
0 comments
1.Idea tentang pentingnya seseorang dewasa itu dicintai atau diperakui dan diterima oleh setiap orang dalam komunitinya.
2.Idea bahawa seseorang itu harus betul-betul berkebolehan, serba cukup dan mencapai semua kemungkinan sekiranya dia benar-benar dikira sebagai berguna.
3.Idea yang menyatakan bahawa manusia menjadi tidak gembira adalah kerana sebab-sebab luarannya dan mereka itu mempunyai sedikit atau tidak langsung kemampuan mengawal kesedihan dan gangguan-gangguan pada dirinya.
4.Idea tentang sejarah silam seseorang itu penting bagi menentukan tinglahkunya masa kini dan ini disebabkan ada sesuatu mengakibatkan pada kehidupan seseorang itu dan ia perlu dikenalpasti dengan kesan-kesan yang sama.
5.Idea tentang sekiranya yang ada yang betul tidak berubah-ubah, cermat dan tepat dalam menyelesaikan atau membuat keputusan terhadap masalah-masalah manusia dan ia menjadi bala atau bencana sekiranya keputusan yang tepat tidak ditemui.
6.Idea tentang jika sesuatu itu adalah atau mungkin merbahaya atau menakutkan, dia hendaklah benar-benar mengambil berat menyimpan serta memikirkan tentang kemungkinan-kemungkinan ia betul.
7.Idea tentang sesetengah manusia itu jahat, tidak jujur atau nakal, dengan itu mereka hendaklah dipersalahkan serta dihukum atas kenakalan mereka itu.
8.Idea tentang sesuatu yang amat dahsyat dan merupakan bencana apabila sesuatu itu tidak tercapai sebagaimana yang dihajatkan mereka itu sepatutnya berlaku.
9.Idea mengatakan betapa mudahnya untuk mengetepi sahaja daripada sesetengah kesukaran hidup dan hanya bertanggungjawab pada diri sendiri sahaja.
10.Idea tentang seseorang itu akan menjadi sedih terhadap masalah orang lain.
11. Idea tentang seseorang itu harus mengharap dan bergantung juga pada orang lain dan berkehendakkan seseorang yang lebih gagah daripada dirinya sendiri, bagi sandarannya.
nota kaki:- anda buat anda dapat, anda tak buat anda tak dapat
Kenapa Politeknik Jadi Pilihan?
0 comments1. KURIKULUM
Korpus ilmu, gugusan kompetensi dan kaedah pengajaran & pembelajaran digubal secara bersepadu bagi menerapkan tiga (3) kemahiran iaitu hard skills, soft skills dan competitive skills.
2. PENGIKTIRAFAN
Kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
3. SISTEM KUALITI
Melaksanakan sistem kualiti MS ISO 9001:2000 dalam pengajaran & pembelajaran.
4. TENAGA PENGAJAR YANG KOMPETEN
Mempunyai tenaga pengajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berinovasi.
5. YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang murah.
6. BANTUAN KEWANGAN
Tabung pinjaman pendidikan KPT menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada semua pelajar yang ditawarkan pengajian peringkat sijil.
7. LATIHAN INDUSTRI
Pelajar diwajibkan mengikuti modul soft skills sebelum menjalani latihan industri. Satu kurikulum formal telah digubal sebagai panduan kepada industri, pelajar dan politeknik.
8. KERJASAMA DENGAN INDUSTRI
Mengadakan perbincangan dua hala dengan industri dalam aspek pembangunan kurikulum, perkongsian kepakaran dan fasiliti melalui latihan industri pelajar dan tenaga pengajar serta keperluan tenaga kerja mahir.
9. RELEVAN
Penggubalan kurikulum berdasarkan input penasihat daripada industri bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan graduan adalah terkini dan diperlukan oleh industri.
10. PERALATAN
Menggunakan teknologi terkini selari dengan keperluan industri untuk aktiviti pengajaran & pembelajaran.
11. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D) PENGAJIAN
Mewujudkan pusat penyelidikan, membuat pemantauan, mengkaji dan menilai kesesuaian program, mengumpul dan menyelaras data serta maklumat untuk keperluan penggubalan dasar baru atau pindaan dasar sedia ada.
12. GLOBALISASI PENDIDIKAN
Menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan luar negara dan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.
13. TIME SECTOR PRIVATISATION (TSP) WADAH PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Program pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi.
14. PELUANG PENDIDIKAN UNTUK OKU
Memberi peluang pendidikan kepada golongan pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran).
Maklumat lanjut.. sila klik SINI
Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?
0 comments
RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.
Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.
Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.
Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain.
Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.
Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit.
Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang?
Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangun.
Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik.
Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.
Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung.
Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah.
Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi pelapis pada masa depan.
Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu sedikit harus dipertimbangkan semula.
Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu.
Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran muzik.
Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurang-kurangnya 90 minit seminggu.
Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak.
Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin.
Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan irama-irama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan.
Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya.
Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain.
Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa depan.
Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi.
Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta bermutu sahaja.
Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik.
Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih mudah pada masa depan.
Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?
nota kaki:- GBK terbaca surat khabar mengatakan Lulusan STAM setaraf STPM
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima mengikuti pengajian di IPTA berikutan keputusan JPA mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
sumber:- http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir/20090915123412/Article
[...]
Tuntutan Dalam Bulan Ramadhan
0 commentsEMPAT TUNTUTAN
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.
Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;
1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.
Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:
"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:
"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."
Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.
Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.
Selamat beribadat dan wassalam.