Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Renung-renungkan

Pengurusan Masa

Sering terdengar pelajar mengeluh tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran dan membereskan kerja sekolah. Benarkah masa 24 jam sehari tidak mencukupi? Benar bagi mereka yang tidak dapat menguruskan masa dengan betul dan sebaliknya bagi mereka yang dapat mengurus masa dengan baik. Pengurusan masa yang baik dapat membantu anda merancang aktiviti harian anda dengan sempurna.


Panduan Mengurus Masa

  • Memberi fokus kepada perlaksanaan perkara-perkara yang betul (keberkesanan).
  • Perkara yang betul ialah aktiviti yg sesuai dgn matlamat anda
  • Memberi tumpuan kepada perlaksanaan kerja-kerja dengan betul (kecekapan) – cth -peruntukan masa yang mencukupi.
  • Beri tumpuan kepada matlamat dan bukannya kepada aktiviti –tetapkan jadual (tahunan/bulanan/mingguan/harian).
  • Laksanakan sesuatu mengikut prioritinya.
  • Jangan lengahkan tugas – hari ini pasti, semalam rugi, esok bonus
  • Belajar mengatakan “tidak”
  • Buat sesuatu dgn betul pada kali pertama
  • Bahagikan tugasan yang besar kepada skop/tajuk yang kecil

Keterampilan Diri

Oleh Dr Ismail Zain


Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

Sebenarnya masalah malu untuk berkomunikasi secara formal sudah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan juga murid sekolah rendah. Malah budaya ini terbawa-bawa hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Budaya yang negatif ini sewajarnya dibendung di peringkat sekolah rendah.


Murid mungkin beranggapan ia satu perkara yang remeh tetapi hakikatnya ia adalah satu proses ketrampilan diri yang mampu mempengaruhi motivasi diri dalam pembelajaran. Antara ciri-ciri pembentukan ketrampilan diri ialah:
• Keberanian: Seseorang murid yang berketrampilan ialah mereka yang berani muncul di hadapan untuk memberi pendapat, membuat persembahan atau sekurang-kurangnya memberi jawapan apabila ditanya atau secara sukarela.
• Aras harga diri yang sihat: Kemunculan diri menjadikannya merasai bahawa ia dihargai. Dengan secara tidak lansung akan meningkatkan aras harga diri yang sihat iaitu satu sikap menghargai potensi yang ada pada diri serta mengambil peluang melakukan tindakan yang positif ke arah kemajuan diri dan juga memberi sumbangan kepada orang lain.
• Menjana minda: Apabila seseorang murid itu sentiasa menggalakkan dirinya berinteraksi maka mindanya akan sentiasa bergerak untuk mencari buah fikiran yang baru. Dengan cara ini seseorang murid dapat memperkayakan daya pemikirannya yang seterusnya mampu membantunya dalam peperiksaan nanti.
• Berdaya saing: Murid-murid boleh melibatkan diri dalam berbagai aktiviti seperti aktiviti dalam bilik darjah yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun dalam aktiviti luar bilik darjah seperti dalam sesuatu pertandingan atau menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan. Aktiviti seumpama ini boleh mewujudkan semangat berdaya saing secara sihat. Semangat seperti ini amat diperlukan kerana ia boleh meningkatkan daya kreativiti serta keinginan untuk berlumba-lumba melakukan sesuatu yang terbaik ke arah kejayaan.
• Peningkatan kemahiran: Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa serta kemahiran dalam pengucapan awam memerlukan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan ini penting kerana ia merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu dilakukan. Kekerapan penglibatan seseorang murid akan dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan serta memperkembangkan potensi dan kemahiran diri.
Sesungguhnya setiap murid harus mempunyai ciri-ciri ketrampilan diri tersebut. Ia merupakan satu keperluan terhadap diri sendiri dalam mencapai cita-cita dan memenuhi aspirasi negara.

Mengapa gagal?

Anda telah berusaha untuk berjaya . Namun anda masih gagal. Mengapa? Mungkin anda .....

  1. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah
  2. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
  3. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru
  4. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
  5. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
  6. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
  7. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
  8. Gagal menunaikan tanggungjawab terhadap agama

Pelajar Cemerlang

Sebagai seorang pelajar sudah tentu anda mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang akademik. Sekiranya anda ingin cemerlang, adakah anda memiliki ciri-ciri berikut:

  1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
  2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
  4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
  5. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
  6. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan
  7. . Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

0 comments: