Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

SELAMAT TINGGAL SMKPB..

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan kaunselor..jus...rakan2 guru yang sgt sporting dan baik hati:):) murid2 SMKPB yg disayangi dan dikasihi,
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd warga SMKPB yg tlh byk memberi peluang kpd saya untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang guru dan juga kaunselor. kerjaya saya sebagai pendidik merangkap sebagai guru kaunseling bermula di SMKPB dan segala kenangan pahit, manis yg saya lalui di bumi Sabah ini tetap akan saya ingati sampai ke hujung nyawa.

Terima kasih kepada para pelajar , Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yg banyak membantu cikgu dalam menjayakan program2 UBK, kpd semua pelajar yang telah mendapatkan khidmat kaunseling bersama cikgu jg diucapkan ribuan terima kasih krn anda memberi kepercayaan dan keyakinan kpd cikgu untuk memberikan yg terbaik kpd anda semua.

Buat semua pelajar SMKPB, diharap agar sentiasa dapat menjadi seorang pelajar yang rajin dan gigih berusaha untuk mencapai keputusan yg cemerlang, sentiasa menghormati guru-guru, mematuhi peraturan dan disiplin sekolah, boleh berdikari sendiri dan jangan terlalu bergantung kpd guru-guru; anda perlu berusaha mencari maklumat2 berkaitan dgn subjek yg dipelajari, jgn sombong dgn apa yg anda miliki, sentiasalah merendah diri dan tanamkan hasrat di hati untuk menjadi seorang yg sentiasa bermotivasi dan mempunyai keazaman yg tinggi. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anda semua..amin!

Buat rakan2 guru..jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kpd saya dalam apa jua program yg dilaksanakan oleh UBK. Hubungan yg terjalin selama 4 tahun stgh ini sgt bermakna buat saya dan akan dikenang hingga ke akhir hayat.
Ribuan kemaafan saya pohonkan atas segala kekasaran dan kesilapan yg telah saya lakukan terhadap anda semua,. kenangan di bumi Sabah sangat bermakna buat saya.

Akhir kalam, segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt. dan segala kekurangan itu adalah berpunca dari kelemahan diri saya sendiri...

Salam sayang dari cikgu noraini ibrahim ~ SMKPB JAN 2007 - MEI 2011

[...]

TUGAS GURU

0 comments

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...

by Jimmy Rose on Sunday, March 20, 2011 at 10:55pm

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah seperti Hari Guru, Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Kemerdekaan, Bulan Bahasa, Hari Anugerah, Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

p/s:- Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cikgu Noraini Bt Ibrahim yang telah berpindah ke Pulau Pinang. Blog ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan beliau dalam membina serta memajukan Blog UBK SMKPB kepada tahap yang dapat dibanggakan oleh Warga SMK Padang Berampah.

[...]