Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

KENALI PERAYAAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN-HARI KRIMAS


Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati keputeraan Jesus (Nabi Isa a.s.), pengasas agama Kristian. Menurut Kitab Injil Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Siti Maryam di Baitulmaqdis. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Jesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang penyelamat dari susur galur Nabi Daud, yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus.


Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitos Nordic dan Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai timbul pada abad ke-19.

Krismas bukan sahaja disambut oleh seluruh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang bukan Kristian sebagai perayaan kebudayaan yang sekular. Oleh sebab pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Sumber:- http://psksksd.blogspot.com/2009/12/kenali-perayaan-penganut-agama-kristian.html



0 comments: