KUCHING 3 Ogos — Sarawak hari ini mencatatkan kes kematian pertama kes selesema babi atau Influenza A (H1N1) membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun di Miri, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.
Dr. Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Bertindak Negeri berkata, wanita terbabit meninggal dunia pukul 4 pagi ini di Hospital Umum Miri setelah disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu.
“Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dr. Chan berkata setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.
Katanya, setakat ini masih terdapat lima buah sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.
— BERNAMA
nota kaki:- Majlis Tertinggi KKRS SMKPB akan mengadakan mesyuarat tergempar esok 04/08/2009 jam 11.30 am bertempat di Bilik Gerakan Pengawas berhubung dengan perkara ini. Keputusan tentang rombongan lawatan KKRS ke Miri, Sarawak pada bulan Oktober akan diputuskan dalam jangka masa terdekat. Harap maklum.
0 comments:
Post a Comment