Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Renungan buat Kaunselor dari Cikgu Loh

Pernah satu masa dahulu saya bertanya kepada seorang Guru Besar mengapa dia marah sangat guru kaunselingnya padahal guru bimbingan dan kaunseling itu buat pelbagai program yang hebat-hebat. I tengok dokumentasinya pun i respect.

Ini alasannya:

i) kalau takat buat program guru tersebut cukup hebat, tapi bila minta buat sesi (baik individu atau kelompok) dia kata tak ada masa.
ii) Lebih mengutamakan yang luar dari yang dalam (bak kata pepatah kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan)
iii) Buat program yang syok sendiri, tak pernah rujuk pada pentadbir dan tidak kena dengan keperluan sekolah. (tak ada SWOT dan TOWS)
iv) asyik hilangkan diri sahaja.

Pengajarannya:

Bukan semua guru bimbingan dan kaunseling yang 'hebat-hebat' tu hebat, jadi cermin-cerminkan diri dan bekerjasamalah dengan pihak sekolah. Guru Besar tetap boss kita.
Kaunseling individu dan kelompok tu nasi, program tu lauk dan ulam-ulamnya. Dua-dua tu diperlukan, barulah perkhidmatan kita tu dihormati.

Guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan sepatutnya mengwujudkan suasana yang teraputik di sekolah. Tepuk dada, tanya selera.

2 comments:

Guru Kaunseling said...

teringat kata2 pensyarah masa di u dulu, "kaunselor yg hebat ialah kaunselor yg bisa merawat lukanya sendiri"..bila muhasabah diri ternyata masih jauh utk ku gapai kata2 ini menjadi realiti!!!apa2 pun slagi hidup ada pedoman kita pasti mengikut jalan yg bercahaya..INSYAALLAH.

ummu said...

iya,saya pun teringat kata2 pensyarah saya,"kaunselor pun manusia biasa. namun ia perlu tampil luar biasa meski dia sendiri punya masalah yang perlu diatasi".