Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Perkhemahan JPA 3 Peringkat Negeri di SK Merintaman, Sipitang dari 16-19 Jun 2009

0 comments


cantik khemah ni..


kemas dan tersusun... good job!



anak siapa la yang buat ni??

baris!! baris sedia!



dari kiri, En. Ardi, En. Roslan, En. Mazlan. Blurrpp~ Kekenyangan deh!




ada kutu ka cikgu Neville??



Tabik!! tabik hormat!



Bikin panas...

[...]

Raja Pop dunia, Michael Jackson

0 comments


Lelaki yang penuh misteri
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

Sudah tiga hari berlalu, namun berita pemergian Raja Pop dunia, Michael Jackson pada usia 50 tahun masih terus diperkatakan.Banyak spekulasi berhubung kematian penghibur yang sangat masyhur dengan gerak tarian 'moonwalk' itu yang didebatkan.


Namun, fokus yang tidak pernah berhenti mengenai Michael atau Jacko ialah terhadap tabiat luar biasanya.Kalau mahu disenaraikan satu persatu kelakuan pelik Jacko barangkali halaman yang lebih besar diperlukan untuk memuatkannya.


Bagaimanapun, yang turut menjadi tumpuan kita semua ialah apakah yang mendorong penyanyi yang pernah menjual lebih 750 juta unit albumnya di seluruh dunia melakukan transformasi wajahnya?Duit sudah tentu bukan masalah buat Jacko.


Dia mampu untuk memiliki apa yang diingini dalam sekelip mata.Lalu tidak hairanlah seluruh dunia mengetahui, seniman yang asalnya dilahirkan berkulit hitam berani mengubah warna kulit sehingga menjadi putih menerusi pelbagai fasa transformasi.


Perubahan warna kulit masih belum memuaskan hati Jacko. Dia yang begitu obses dengan kecantikan mengubah wajahnya hampir 100 peratus.Lantaran terlalu kerap 'mengubah' wajah asalnya menyebabkan Jacko pada beberapa ketika terpaksa menyembunyikan wajahnya agar tidak dikenali peminat di sekelilingnya.Kalau sudah namanya superstar maka dia harus membayar harga yang sangat tinggi untuk mengecap kehidupan dalam penuh 'kesengsaraan'.


Sebetulnya, kalau mahu diulangkaji kehidupan lelaki ini, perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan apa yang berlaku pada Jacko ialah beliau seorang lelaki yang sangat misteri.Hidupnya mencetuskan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat dunia.Daripada cerita kejayaan mencatat jualan album terbanyak di pasaran antarabangsa, siri kejayaan konsert di seluruh dunia sehinggalah ke keberaniannya melakukan perubahan wajah menyebabkan Michael Jackson berdiri kukuh tanpa perlu bayangan orang lain selain dirinya sendiri.


Justeru, ingatan peminat-peminatnya terhadap Jacko tidak akan hilang biarpun kehidupan peribadi seniman itu sangat huru-hara.Karier Jacko tercemar dengan pelbagai kes saman yang dikemukakan padanya termasuk krisis kewangan yang teruk dialaminya sejak beberapa tahun kebelakangan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.


Demikian juga dengan pelbagai dakwaan lain yang dihadapi Jacko termasuk melakukan pencabulan seksual ke atas kanak-kanak lelaki.Uniknya Jacko, dia masih dikasihani oleh peminat-peminatnya. Simpati buat penyanyi itu sangat tinggi.


Dan bila difikirkan, barangkali sentimen itu melekat padanya kerana sumbangan besarnya pada industri hiburan dunia. Legenda ini merupakan pencetus kepada evolusi muzik pop antarabangsa.Kini, Jacko kini tiada lagi untuk mempertahankan dirinya dengan pelbagai lagi tuduhan lain yang barangkali tidak sempat untuk didakwa ketika hayatnya.


Biarlah dia pergi dengan tenang.Michael Jackson sudah meninggal dunia. Lelaki yang penuh misteri ini hanya meninggalkan kita karya-karya seninya saja untuk dihayati.Sebetulnya juga, kita semua ada dua pilihan untuk mengingati Michael Jackon.


Pilihan pertama ialah mengingati segala kebaikan Jackson sepanjang hayatnya menghiburkan kita.Kepada anda yang berusia 30-an seperti saya mahupun mereka yang menginjak usia 40-an, jangan cuba menafikan hakikat bahawa anda semua pernah membesar dengan lagu-lagu dendangan Jackson.


Jadi, setidak-tidaknya dia pernah menghiburkan kita bukan?Mahu tahu apa pula pilihan kedua yang ada?Saya fikir anda sendiri sudah ada jawapannya. Saya enggan mengulas panjang!

nota kaki:- rest in peace dude!~ i like MJ!!!


[...]

Lima jenis sabar

0 comments

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

· Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

· Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

· Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

[...]

Kelembutan di sebalik ketegasan

0 comments

Pada suatu ketika tertentu suasana pembelajaran menjadi agak tegang kerana kedengaran suara guru yang tegas menegur pelajar-pelajarnya yang tidak membuat tugasan seperti yang diarahkan. Pelajar-pelajar pula mempunyai berbagai-bagai perasaan seperti marah, malu, geram dan sedih atas peristiwa yang menimpa pada diri mereka. Ada juga pelajar yang berasa lega kerana kelakuan rakan-rakannya yang buruk itu akhirnnya diketahui dan diambil tindakan oleh guru.

Bagi pelajar-pelajar yang menerima teguran sudah tentu berasa marah malah ada yang berdendam di hati sehinggkan sanggup melakukan perkara yang tidak diingini ke atas guru tersebut. Sebenarnya teguran dan ketegasan yang ada pada guru itu merupakan tanggungjawab yang ikhlas yang harus dipikul dan dilaksanakan demi kasih sayang mereka terhadap pelajar-pelajar.

Dalam hal ini ketegasan yang ditunjukkan oleh guru merupakan satu tindakan untuk memberi gambaran seperti berikut kepada pelajar-pelajar.

• Melahirkan rasa keprihatinan: Setiap guru menganggapkan para pelajar itu sebagai anak-anak mereka sendiri. Sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak yang disayangi, mereka akan sentiasa peka terhadap perkembangan mereka baik dari segi keselamatan, kelakuan ataupun prestasi pembelajaran. Oleh itu sebarang teguran atau larangan adalah bertujuan murni untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar bukan kerana membenci mereka sepertimana yang difikirkan oleh segelintir pelajar.

• Menyelamatkan pelajar daripada kecundang: Semua guru inginkan pelajar-pelajarnya berjaya. Guru akan sentiasa runsing selagi keputusan peperiksaan pelajar-pelajarnya belum diumumkan. Guru juga orang yang paling gembira apabila pelajar-pelajarnya mencapai kejayaan. Oleh itu segala teguran dan luahan rasa yang ditujukan kepada pelajar ialah bertujuan untuk menyelamatkan pelajar-pelajar daripada terjebak dalam kancah kehidupan yang berakhir dengan kemusnahan.

• Pencabar dan pembakar semangat: Setiap teguran dan nasihat guru harus diteliti secara positif. Anggapkan kata-kata teguran itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi dengan tenang dan bijaksana. Begitu juga dengan nasihat yang diberikan itu perlulah dianggapkan sebagai kata-kata pembakar semangat yang menyemarakkan jiwa dan perasaan pelajar bukannya untuk menimbul kemarahan.

Setelah mengerti tujuan sebenarnya teguran yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar, maka segala sifat ketegasan yang dilihat pada zahirnya sebenarnya ada kelembutan di jiwa mereka. Oleh itu wajarlah pelajar-pelajar menghargai segala jasa guru dengan cara menghormati mereka, tidak menyakiti hati mereka serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang bakal diraikan bersama oleh guru.

Sumber :Portal pendidikan utusan

[...]

SPM: Lulus BI wajib?

0 comments

Oleh ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Jun – Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.
“Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu.
“Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.
Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.
Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat.
Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot.
“Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan,” jelasnya.
Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris.
“Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” soal beliau.
Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.
“Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa.
“Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini,” katanya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kementerian Pelajaran buka talian bagi isu B.Inggeris wajib lulus SPM

09/06/2009 12:28pm

KUALA LUMPUR 9 Jun — Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.
Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. — Bernama

Sumber: Utusan Melayu

Nota kaki: Bagus juga bila BI dijadikan syarat lulus SPM.. tidaklah pelajar ambil enteng dan mudah sahaja tentang BI..

[...]

Kenapa Kita Ke Sekolah?

4 comments

Mungkin ada yang menjawab, kerana ingin menuntut ilmu. ada pula yang menjawab, bosan tinggal di rumah kena buat kerja rumah, jaga adik-adik dan mungkin ada yang menjawab, kerana seronok ingin bertemu kawan-kawan.Kurangnya kesedaran dari dalam diri pelajar menyebabkan mereka tidak bersungguh2 dalam pelajaran. Pergi sekolah sekadar menjalankan rutin atau kerna di paksa. Mungkin akan di rotan jika berani ponteng? atau pergi ke sekolah kerana inginkan wang saku? Sampai separuh jalan, langkah di lencongkan ke arah pusat hiburan atau pusat membeli belah, ponteng dan melepak bersama kawan2. Seterusnya berisiko terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti merokok, vandalisme atau berzina.
Cabaran Menjadi Ibubapa
Mentaliti remaja dewasa ini semakin sukar untuk didalami, apatah lagi untuk difahami. benar, ibubapa disarankan dan di tegur, jangan mendidik anak2 sama dengan cara ibubapa kita dahulu mendidik kita, kerana zaman ibubapa kita dan zaman anak2 kita secara keseluruhannya tidak sama. Berbeza sama sekali.Anak2 ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berhak mencoraknya. Ingin belang-belangkah atau ingin bertompok-tompok atau berwarna warni? Jawapan ada di tangan ibu dan bapa. malangnya, peredaran zaman dan kehendak semasa membataskan segala. kebanyakan ibubapa lebih berminat untuk menghabiskan masa dengan bekerja (demi anak2) dan selebihnya berehat di rumah dgn menonton tv atau tidur. bila masa untuk mendidik anak2? lantas, anak2 terabai dan terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat. ibubapa tidak boleh menyerahkan tugas mendidik anak2 seratus peratus kpd guru kerana kuasa dan masa guru juga adalah terhad.Kadang2 hairan juga melihat ibu bapa bersungguh2 merotan anak2 apabila anak2 mendapat keputusan yg tidak memberangsangkan dlm pelajaran, namun sebaliknya apabila anak2 tidak menunaikan solat, ibubapa seolah2 tiada sebarang tindakan. Sekadar melihat. Nah, didikan dan asas agama yang tidak kukuh ini akhirnya mendedahkan remaja kepada masalah2 sosial yang semakin menular.Apa yang dimakan juga mempengaruhi sikap dan adab seseorang remaja. maka ibubapa perlu bertanggungjawab dan menitik beratkan soal halal haram rezeki yang ingin di suap ke mulut anak2. Soal halal haram bukan benda remeh. Keberkatan dlm rezeki itu perlu. Kadang2 dek dikejar masa yang selalu tidak mencukupi, ibu bapa lebih senang menyuap anak2 dengan makanan segera yang tidak dijamin khasiatnya dan diragui status halalnya. Air tangan org yg memasak juga ada kesannya. Apa agaknya kesan sekiranya anak2 sering disuap dengan air tangan peniaga pasar mlm yang mengabaikan solat maghrib? wallahua'alam.Cara mendidik anak2 zaman kini memerlukan tindakan yang bijak. Mereka tidak boleh terlalu di kasari dan juga tidak boleh terlalu di manjakan. Mereka hendaklah sentiasa di dekati dan cuba di fahami secara berhemah. Merekalah permata hati dan penyambung warisan.
Peranan Anak
Sebagai remaja yang sudah baligh dan waras dalam pemikiran sepatutnya tahu membezakan mana yg baik dan mana yang buruk. Jangan menunding jari menyalahkan ibubapa sekiranya anda menjadi rosak kerana anda yang paling berkuasa terhadap diri anda. Anda adalah apa yang anda fikir dan apa yang anda mahu. Berfikir sebelum bertindak. jangan tergopoh gapah dalam melakukan tindakan. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kedua ibu bapa kepada anda. kenanglah jasa ibu yang bertarung dengan maut semasa melahirkan kita. Ingatlah setiap titik susu yang pernah ibu berikan untuk hilangkan kehausan anda semasa bayi. Darah yang mengalir dalam tubuh anda juga darah mereka. Bukan sedikit jasa mereka terhadap anda jadi tergamakkah anda menghancurkan harapan mereka? Senangkanlah hati mereka dengan kejayaan. Biarlah mereka menangis kerana kegembiraan, bukan kerana kecewa.Anda yang menetukan siapa teman baik anda. anda yang lebih tahu. Pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak, memberi pengaruh yang tidak baik. Maka, jauhi dan elakkan pergaulan yang tidak sihat. Teknologi yang semakin canggih juga tidak seharusnya di salah gunakan. Kepercayaan yang di berikan oleh ibubapa juga harus di manfaatkan dengan sebaiknya. perjalanan hidup bukan sebuah kisah ceritera yang boleh di edit atau di erase, sekali kita tersilap langkah, selama-lamanya kita akan menanggung kesannya. Sayangi diri anda dan masa depan anda.
Apa yang dilaporkan di sebuah akhbar baru2 ini suatu yang mengejutkan.
"Remaja Megah Tiada Dara"
Suatu berita yang tidak menyenangkan, malah menjengkelkan. remaja belasan tahun mengaku terlanjur dan melakukan seks luar nikah sejak di bangku sekolah rendah, malah ketagihan seks dan sanggup mengumpan sesiapa saja untuk memuaskan nafsu. Mengikut kenyataan mereka, dalam 20 org rakan mereka boleh dikatakan 17 org semuanya tidak mempunyai dara. Lebih menyedihkan, sesiapa yang masih dara diejek dan dikutuk hingga akhirnya mereka terpengaruh untuk berzina. Naauzubillah. Suatu berita dan pendedahan yang menakutkan, apa peranan ibu bapa? Tergamakkah mereka melihat anak2 gadis mereka terus merosakkan diri?Zina itu haram. Ia haram kerana ada banyak kesan buruk . Antara kesan buruk akibat melakukan zina, kecelaruan dalam penentuan ayah si anak, keruntuhan institusi sosial, penyebaran penyakit merbahaya dan sebagainya. Apabila Islam melarang perhubungan haram, tujuannya adalah untuk melindungi maruah dan keturunan manusia. Akibat dari zina, hubungan yang mengikat masyarakat luntur dan masyarakat dipenuhi dengan penyakit yang merebak melalui perhubungan seks, menandakan kemurkaan Allah terhadap mereka yang mencabuli sempadan suci Nya dan menghalalkan yang haram.
Bagaimana jika sudah terlanjur?
Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba2Nya. Terus berhenti melakukan maksiat dengan penuh tekad dan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali mendekatinya atau mengulanginya, lakukan solat taubat dan bertaubatlah bersungguh-sungguh. Menangislah memohon keampunan dr Allah dan menangislah kerana takut kpd azab Allah. Elakkan dan jauhi pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak baik. Dekatkan diri kepada Allah dan luangkan banyak masa di rumah melakukan perkara2 yang bermanfaat.Penutup.Anak2 mutiara hati ibubapa. Ibu bapa yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia ini. syurga kita di tapak kaki mereka maka janganlah sekali-kali sakiti atau lukai mereka. Ibu bapa berkerja keras membesarkan kita, memberi kita makan dan tempat tinggal, menyekolahkan kita, dan peranan kita cuma sedikit, patuhi dan hormati mereka. Jika kini tugas kita adalah belajar menuntut ilmu, maka lakukanlah dengan bersungguh2. Jangan pula abaikan suruhan Allah dan jadilah anak yang soleh.Semoga kita dapat membahagiakan ibu ayah dunia dan akhirat. kasihilah dan berbaktilah kpd mereka kerana tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia yang indah ini.
Semoga kita dan mereka kembali bersama di syurga kelak. Amin..
p/s: hidup hanya sekali dik..justeru hiduplah dgn penuh bererti!

[...]

Kenali Guru Kaunseling SMK Padang Berampah

0 comments


Dari kiri, Cik Noraini dan Pn. Zuraini



Nama : ZURAINI BINTI MUSA

Latar Belakang Pendidikan :

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB PERGURUAN KENT (2005)

IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA (PSIKOLOGI), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (2001-2004)

STPM, SMK PENGIRAN OMAR (2000)

SPM, SMK WESTON (1998)


Nama : NORAINI BT IBRAHIM

Latar Belakang Pendidikan :

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UPSI)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (KUSZA)


Nama : MOHD JUSMANIZAL BIN ISMAIL




Latar Belakang Pendidikan

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (2007)

BACELOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (2003-2006)

PUSAT MATRIKULASI KOLEJ NEGERI (2002-2003)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI (PMR-1999, SPM-2001)


Nota kaki:- Laman blog ini lebih menarik dilihat dengan Mozilla Firefox, anda tiada?.. mahu download? sila KLIK SINI


[...]

Samseng sekolah

0 comments

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

ISU pelajar samseng atau gengsterisme di sekolah bukan baru. Malah, saban tahun, ada saja kes pergaduhan membabitkan pelajar. Malah, jika menatap akhbar sepanjang minggu lalu, banyak kes membabitkan pergaduhan pelajar sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Terbaru, seorang pelajar tingkatan empat meninggal dunia selepas seminggu koma akibat dibelasah sekumpulan 24 remaja yang dipercayai pelajar sekolah.

Apakah ini trend pelajar masa kini, hanya berebut seorang gadis, pelajar terbabit dipukul dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal selain ditendang tanpa belas kasihan. Ada pula pengawas sekolah dibelasah 10 pelajar berikutan tidak puas hati ditegur ketika membuat bising di dalam kelas dan kereta baru guru sebuah sekolah dibakar kerana ditegur tidak menyiapkan kerja sekolah.

Walaupun masih berhingus, jangan terkejut jika pelajar sekolah mempunyai kumpulan atau geng tertentu untuk melakukan huru-hara. Mengapa fenomena sedemikian boleh berlaku. Tidak cukupkan pendidikan agama dan moral yang mereka pelajari di sekolah dan di rumah?

Apa yang mereka mahu sehingga sanggup terbabit dengan kes yang membawa kepada kematian. Adakah mereka ini jahat, ingin menunjukkan mereka punya kuasa atau mahu menarik perhatian masyarakat?

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Dr Suradi Salim, berkata pelajar yang terbabit dengan samseng sekolah ini bukan jahat tetapi ingin menunjukkan mereka kuat dan punya kuasa. Beliau berkata, seseorang pelajar yang terbabit dengan samseng sekolah ini akan berasa selamat dan bangga kerana mereka digeruni pelajar lain.

"Sebagai pelajar, mereka punya naluri untuk menjadi seorang yang digeruni dan dikenali di sekolah. "Selain menjadi pelajar cemerlang, seseorang itu akan menjadi terkenal di sekolah kerana masalah disiplin yang dilakukan. Inilah yang mereka mahukan. "Pergaduhan juga boleh membuktikan mereka adalah kumpulan yang kuat dan berasa setiap tindakan dilakukan adalah benar.

"Ia juga satu cara untuk memberi pengajaran kepada sesiapa yang menimbulkan masalah kepada kumpulan samseng sekolah ini dan simbol kekuatan kumpulannya," katanya. Namun, ada sesetengah pelajar yang menyertai kumpulan samseng sekolah hanya untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Ini kerana, semangat setia kawan kumpulan samseng pelajar ini kuat dan apabila seorang ahlinya diganggu pelajar lain, mereka akan sedaya upaya mempertahankannya dan itulah punca yang mencetuskan pergaduhan.

Dr Suradi berkata, masalah samseng sekolah ini bukan saja disebabkan ingin menunjukkan kekuatan tetapi dipengaruhi pelbagai faktor lain terutama faktor keluarga dan persekitaran.
"Setiap masyarakat terutama di negara kita punya cara tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ada yang menyelesaikan masalah dengan cara baik dan apa pula yang menggunakan kekerasan.

"Kemungkinan pelajar yang terbabit dengan samseng sekolah ini datangnya daripada keluarga dan tempat tinggal yang menjadikan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah. "Apa yang mereka lihat, ia sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan mereka ketika berhadapan dengan masalah," katanya.

Di samping itu juga, pengaruh daripada media massa salah satu faktor yang menjadi penyebab masalah samseng sekolah ini. Jika diperhatikan, kebanyakan drama atau filem yang disiarkan di kaca televisyen sering menunjukkan setiap babak pertelingkahan akan diakhiri dengan pergaduhan. Walaupun masalah ini bukanlah perkara baru, tindakan sewajarnya perlu diambil agar masalah keganasan samseng sekolah ini dapat diselesaikan.

Oleh itu, Dr Suradi berkata, bagi menyelesaikan masalah ini, kaunseling bukanlah jalan terbaik sebaliknya mereka ini perlu mengikuti program psikologi. "Biasanya, masalah disiplin pelajar akan dirujuk kepada sesi kaunseling tetapi bergantung kepada keadaan kes.

"Mereka ini bukanlah bermasalah tetapi pembawa masalah. Oleh itu, kaunseling bukanlah jalan yang terbaik dalam mengatasi masalah samseng sekolah ini.
"Melalui psikologi, kita menggunakan program 'Intervensi Psikologi' untuk membawa pelajar ke pangkal jalan," katanya.

Intervensi Psikologi akan mendedahkan pelajar dengan program yang dapat membantu mereka lebih matang dan menjauhkan diri daripada kekerasan dan keganasan. Sementara itu, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) yang pernah terbabit dengan kumpulan samseng sekolah lapan tahun lalu berkata, seseorang pelajar itu tidak akan bertindak ganas jika tidak dicabar pihak lain.

Menurutnya, sebagai remaja, kekuatan dan kuasa penting dalam kehidupan terutama di sekolah. Justeru jika terbabit dengan kes pergaduhan, ia memberikan satu kepuasan dan kebanggaan. "Biasanya, sesuatu pergaduhan tercetus kerana dicabar pihak lawan ataupun mereka mengusik dan mengganggu kumpulan samseng sekolah ini.

"Selepas cabar mencabar, sesi pertemuan yang didalangi orang tengah akan dirancang dan di situlah pergaduhan tercetus," katanya. Menurut Mohd Firdaus yang pernah dipenjara seminggu sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, selepas membelasah pihak lawan, tidak ada apa yang dirasainya kecuali kepuasan.

Namun, selepas pergaduhan itu menjadi kes polis, barulah perasaan menyesal itu timbul. Oleh itu, Mohd Firdaus berharap pelajar yang baru atau terbabit dengan samseng sekolah ini meninggalkan kumpulan itu demi masa depan. "Semua orang inginkan kuasa dan nampak kuat. Namun, jangan kerana mengejar kuasa itu, kita hancurkan masa depan dan menghampakan harapan orang tua kita. "Jangan terlalu ikutkan darah muda yang kononnya hanya boleh dirasai sekali seumur hidup kerana ia akan merosakkan dan meninggalkan kesan mendalam sepanjang hidup," katanya.

[...]

Sejarah SMK Padang Berampah

0 comments



SMK Padang Berampah, Sipitang yang terletak lebih kurang 160 km dari Kota Kinabalu dan 7 km dari pekan Sipitang dibina di atas tanah seluas 50 ekar. Sekolah ini merupakan sekolah menengah kedua dalam Daerah Sipitang selepas SMK Pengiran Omar.


Penubuhan sekolah ini adalah atas desakan penduduk setempat terutamanya penduduk dari Kampung Long Pasia, Meligan, Mendulong, Pantai, Sindumin dan sekitarnya. Tujuannya agar anak-anak mereka mudah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka. Ini disebabkan SMK Pengiran Omar terletak jauh dari tempat kediaman mereka. Bagi pihak Jabatan Pelajaran Sabah (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Sabah), penubuhan sekolah kedua dalam Daerah Sipitang akan dapat menampung peningkatan jumlah murid pada setiap tahun. Di samping itu, ia dapat mewujudkan persaingan sihat bagi kedua-dua buah sekolah dalam melahirkan generasi berilmu dan berpendidikan serta mempunyai sahsiah yang tinggi terutamanya dalam kalangan anak-anak jati Sipitang.


Lokasi asal yang dicadangkan bagi pembinaan sekolah ini adalah di kawasan Bandar Sahabat Sindumin-Merapok. Namun atas sebab-sebab tertentu, lokasi ini telah diubah berdekatan dengan SK Padang Berampah dan bersebelahan dengan kawasan perumahan Sabah Forest Industries(SFI).


‘SMK Padang Berampah’. Begitulah nama yang diberikan kepada sekolah menengah baru tersebut. Ia diberi nama sedemikian kerana lokasinya terletak di satu kawasan padang yang berpasir putih dan kaya dengan sejenis pokok yang dikenali oleh masyarakat setempat sebagai pokok rampah.


Pembinaan sekolah ini dimulakan secara projek kilat pada Oktober 1989 dan siap pada Disember 1989. Bangunan ini terdiri daripada dua bangunan; sebuah bangunan untuk bilik darjah iaitu dua bilik untuk tingkatan 2 dan tiga bilik untuk tingkatan 1. Sebuah lagi bangunan menempatkan pejabat am, bilik guru dan asrama (untuk murid lelaki dan perempuan) yang boleh menampung seramai 30 penghuni berserta sebuah dewan makan asrama. Tidak lama kemudian, sebuah bangunan tambahan didirikan yang menempatkan dua bilik darjah, sebuah pusat sumber, bilik pengetua, pejabat am dan bilik guru.


Bangunan sekolah ini mula digunakan secara rasmi pada 4 Disember 1989 iaitu pada sesi persekolahan 1989/1990. Tenaga pengajar pada peringkat awal penubuhan sekolah ini hanya seramai 9 orang sahaja. Pengetua pertama yang ditempatkan bertugas di sekolah ini ialah Tuan Hj. Omarali Hj. Wahab¹ dan dibantu oleh 8 orang guru dan seorang kakitangan bukan mengajar. Jumlah murid pada ketika itu hanya lebih kurang 200 orang; 120 murid tingkatan 1 dan 80 orang murid tingkatan 2. Semua murid yang mendaftar masuk ke sekolah ini datang dari kawasan-kawasan kampung yang berhampiran termasuk dari kawasan perumahan SFI.


Pada tahun 1992, bangunan sekolah baru telah dibina di tapak baru yang terletak kira-kira 250m dari bangunan lama. Bangunan baru ini mempunyai dua blok bangunan dan menelan belanja sebanyak RM1 juta. Bangunan baru ini merangkumi 16 bilik darjah, dua makmal sains, dua bilik KHB, satu bilik pusat sumber, bilik guru,pejabat am, surau dan kantin. Bangunan konkrit ini mula digunakan secara rasmi pada 15 Disember 1992.


Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya menampung kelas tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja. Tetapi bermula sesi 1992/1993, kelas untuk menengah atas telah dibuka dengan jumlah murid seramai 60 orang. Bermula tahun 1997, sekolah ini diketuai dan ditadbir oleh En. Asliari Hj. Tamit dengan jumlah tenaga pengajar seramai 56 orang dan KTBM seramai 9 orang. Bilangan murid sekolah ini telah meningkat mencecah 900 orang yang diagihkan kepada 29 kelas dengan dua sesi persekolahan. Sesi pagi terdiri daripada 17 kelas iaitu tingkatan 3(6 kelas), tingkatan 4(5 kelas) dan tingkatan 5(5 kelas). Tingkatan 1 dan tingkatan 2 beroperasi pada sesi petang dan masing-masing terdiri daripada 6 kelas. Menjelang tahun 1999, satu kelas sains tulen telah dibuka untuk murid tingkatan 4 dengan jumlah seramai 25 orang.


Seterusnya bermula pada tahun 2006 hingga 2008, En. Matrudin bin Radin telah menggantikan tempat En. Asliari sebagai pengetua baru di sekolah ini dengan dibantu oleh barisan orang-orang kanan dan guru-guru yang berwibawa dalam usaha membawa sekolah ini melangkah ke hadapan. Pada ketika ini sekolah ini telah berada dalam kategori Kumpulan A kerana jumlah keseluruhan muridnya melebihi 1000 orang. Kini, Pn. Hjh Roslinah Bt Hj. Suhailin mejadi Pengetua SMK Padang Berampah


Nota kaki:- Maklumat lanjut, sila KLIK SINI


[...]

Sejarah PERKAMA

0 comments

Pada tahun 1980 sekumpulan kaunselor dan mereka yang prihatin akan perkembangan kaunseling dan bimbingan di Malaysia telah bersidang di ITM (kini UiTM) untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pro-tem yang berusaha menubuhkan sebuah Persatuan Kaunselor Malaysia. Puan Fauziah Elyas (kini Puan Sri) telah dipilih mengetuai jawatankuasa itu.

Pada 19 Januari 1982 Persatuan Kaunselor Malaysia telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1989 namanya ditukar kepada Persatuan Kaunseling Malaysia. Tujuan utama Persatuan ini ialah “to provide a common professional base for Malaysian Counsellors and professionals in related areas from the points of view of both professional orientation and fellowship” (mengadakan satu asas profesional sepunya untuk kaunselor dan ahli profesional berkaitan di Malaysia, dari segi orientasi profesional dan semangat setia kawan).

Tujuan-tujuan profesional PERKAMA ialah:
1. Memajukan amalan kaunseling secara profesional.
2. Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
3. Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
4. Memajukan perkembangan profesional ahli-ahlinya.
5. Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai displin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.

Keahlian PERKAMA dibuka kepada mereka yang berkelayakan dalam kaunseling dan bidang-bidang berkaitan. Mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang disyaratkan, diterima sebagai ahli bersekutu atau ahli pelajar.

PERKAMA telah berkembang maju dari setahun ke setahun sejak penubuhannya di bawah pimpinan:

* Puan Sri Fauziah Elyas (1982 – 1983),
* Prof. Dato’ Dr. Amir Awang (1983 – 1984), (1989 – 1993),
* Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim Othman (1984 – 1989), (1999 – 2001),
* Dato’ Yunus Noor (1994 – 1999), dan
* Prof. Dato’ Dr. Hj Mohd Mansor Abdullah (2001 – 2003),
* Prof. Dr. Suradi Salim (2003 – 2005),
* Tan Sri Dato’ Dr. Nordin Kardi (2005 hingga sekarang)

Sebanyak sepuluh konvensyen telah diadakan di samping penerbitan-penerbitan profesional seperti Jurnal PERKAMA, Suara PERKAMA dan risalah-risalah lain, demi untuk memajukan bidang kaunseling dan bimbingan di Malaysia. Ahli-ahli Persatuan juga aktif dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan perundingan, dan berusaha memantapkan keprofesionalan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menerusi etika kaunseling yang bertulis, latihan lanjutan, dan penyelidikan.

Kini PERKAMA mempunyai lebih 200 ahli berdaftar (meliputi Ahli Seumur Hidup, Ahli Biasa, dan Ahli Pelajar). PERKAMA sedang berusaha meningkatkan lagi pengiktirafan daripada pihak kerajaan dan majikan swasta tentang perkhidmatan kaunseling dengan cara mewujudkan jawatan-jawatan profesional dalam kaunseling untuk memberi perkhidmatan kepada kakitangan masing-masing. Usaha PERKAMA untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak kerajaan mula berhasil apabila satu jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling dilantik di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 1992.

Kini Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di JPA memainkan peranan penting dalam menangani permasalahan kakitangan awam di tempat kerja. Perkembangan pesat negara kita kearah masyarakat perindustrian dan perdagangan sudah pasti akan memerlukan perkhmatan khusus seperti perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan pertolongan lain untuk menangani masalah sosial dan individu. Keperihatinan pihak kerajaan tentang keperluan kaunseling dan pengiktirafan yang wajar dalam masyarakat terbukti apabila AKTA KAUNSELOR 1998 diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998. Para kaunselor yang ingin berkhimat untuk awam, kini perlu mendaftar dengan Lembaga Kaunselor.

Ini bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion lain seperti doktor, arkitek, jurutera dan peguam. Cabaran yang lebih besar akan dihadapi oleh profesion ini pada masa-masa akan datang. PERKAMA akan menjadi sebuah persatuan profesional untuk memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan kaunseling di negara ini.

---
Sumber : www.perkama.org
Kemaskini Terakhir : 20 April 2009

[...]

LiVeR DaMAgE!!

0 comments

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring , and artificial sweetener.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to "schedule."

Because :

Evening at 9 - 11 pm : The time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on health.

Early morning 3 - 5 am : The detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.

Morning 5 - 7am : The detoxification in the colon, you should empty your bowel.

Morning 7 - 9 am : The absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30 am , for those who are sick. Breakfast before 7:30 am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 - 10 am rather than no meal at all.

Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals.

DO TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH.

[...]

Kita Miskin Cinta dan Kasih Sayang

3 comments

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta.Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad.. Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan.Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata.Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat. Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad.Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanNya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja.Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.

[...]

Majlis santai

0 comments

Pada 29/05/09 bersamaan Jumaat telah diadakan majlis makan-makan yang dianjurkan oleh Pn. Ruby & da geng... Majlis ini diadakan sempena kesyukuran kerana pelajar SMKPB telah habis menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009... dan juga menyambut kedatangan Cuti Sekolah yang telah lama ditunggu-tunggu.. hehehe


sabar menanti...

bacaan doa oleh Ustaz Bakri

serang..


wahai insan yang begitu popular sedang mencedok makanan..

Nota kaki:- Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat..



[...]

Cara mudah melepaskan tekanan:

0 comments

1. Rehat dan riadah
Keluar berjalan-jalan di luar rumah
• Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas
• Membela haiwan peliharaan
• Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis
• Jauhkan diri dari pusat beli belah
• Bersenam
• Berehat dan mendengar muzik
• Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga
• Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah



2. Diet
Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan
• Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan
• Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
• Teh suam boleh menenangkan perasaan



3. Kerohanian
Tukar tanggapan anda pada setiap perkara
• Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan
• Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah
• Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan
• Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda
• Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan
• Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat


nota kaki:- Gunakanlah cuti yang ada ini sebaik mungkin.. Selamat bercuti!!

[...]