Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

PERANAN PRS


Pembimbing rakan sebaya terdiri daripada pelajar-pelajar yang dilatih dan didedahkan kepada pendekatan kaunseling dan penyebaran maklumat seperti peluang-peluang melanjutkan pelajaran, kerjaya dan latihan kemahiran. Pelajar-pelajar ini dilatih dari semasa ke semasa tentang bagaimana hendak membimbing rakan sebaya. Mereka dilantik untuk menjadi kaunselor kepada rakan-rakan mereka. Kaunselor di sekolah bertanggungjawab memilih pelajar-pelajar yang layak menjadi pembimbing rakan sebaya. Mereka boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Ia merupakan tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling biasa atau guru-guru lain.


Golongan remaja sering dilihat boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah dan hal yang mengganggunya dengan lebih mudah dan berkesan. Pembimbing rakan sebaya juga diberi latihan kemahiran berkomunikasi dan tata cara proses membantu rakan sebaya. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sebuah kumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Mereka tidak dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan pihak sekolah dan orang dewasa. Pengaruh rakan sebaya merupakan tenaga yang kuat mempengaruhi golongan remaja. Berbekalkan latihan dan asuhan yang sesuai, pembimbing rakan sebaya hendaklah diwujudkan dan aktif di sekolah.


Mengikut Mohd Mansor Abdullah (1995), kaunseling rakan sebaya amat sesuai dan berkesan. Ini adalah kerana golongan ini terhampir sekali dengan pelajar. Guru dan ibu bapa dianggap asing bagi mereka. Bagaimanapun, pembimbing rakan sebaya dapat berhubung dengan pelajar yang sebaya dan mengenal mereka yang bermasalah. Ia memberi penjelasan secara efektif mengenai dadah, arak, rokok, ponteng dan kes disiplin lain dengan merujuknya jikalau perlu kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka. Pembimbing rakan sebaya juga membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik dengan memberi jalan penyelesaian terbaik. Mereka juga membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam bimbingan dan kaunseling kelompok.


Pembimbing rakan sebaya membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya. Sementara itu, mereka bertindak sebagai faktor pembantu pelajar-pelajar yang sebaya dalam bidang pendidikan. Mereka juga membantu dalam aktiviti orientasi pelajar-pelajar baru, mengelolakan kelab bimbangan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya dan pekerjaan.

0 comments: