Kehidupan ini adalah ujian, setiap masa dan ketika kita akan berhadapan dengannya, namun begitu ada yang berjaya dan ada yang gagal menguruskan ujian itu, yang berjaya dapat mengecapi nikmat dan yang gagal merasakan kekecewaan. Pusingan ini akan silih berganti dalam perjalanan kehidupan selagi kita masih berada di dunia nyata ini. Ramai orang berkata disebalik ujian itu ada hikmahnya, tetapi disaat-saat kekecewaan melanda diri, biasanya kita akan hilang arah, hilang pedoman, kata-kata nasihat dan dorongan tidak lagi bermakna bagi kita. Malah kadang-kadang kita merasakan diri ini amat malang sekali...Ya itulah kita yang bernama manusia. Sebenarnya hikmah disebalik kegagalan/kekecewaan bukanlah boleh dilihat dengan mata kasar kita, namun yang hanya dapat melihatnya ialah JIWA……Ya, sememang orang yang jiwanya hidup dan murni akan melihat pasangan kejayaan disebalik kegagalan. Jika kita memahaminya disaat-saat kegagalan menimpa kita, sebenarnya kejayaan adalah terlalu hampir pada masa itu, hanya disebelahnya sahaja, tapi malang sekali JIWA kita buta malah mati, tidak mampu kita melihatnya, apa lagi menerobos sempadan kejayaaan sehinggakan ianya menjadi milik kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment