Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

SELAMAT TINGGAL SMKPB..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan kaunselor..jus...rakan2 guru yang sgt sporting dan baik hati:):) murid2 SMKPB yg disayangi dan dikasihi,
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd warga SMKPB yg tlh byk memberi peluang kpd saya untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang guru dan juga kaunselor. kerjaya saya sebagai pendidik merangkap sebagai guru kaunseling bermula di SMKPB dan segala kenangan pahit, manis yg saya lalui di bumi Sabah ini tetap akan saya ingati sampai ke hujung nyawa.

Terima kasih kepada para pelajar , Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yg banyak membantu cikgu dalam menjayakan program2 UBK, kpd semua pelajar yang telah mendapatkan khidmat kaunseling bersama cikgu jg diucapkan ribuan terima kasih krn anda memberi kepercayaan dan keyakinan kpd cikgu untuk memberikan yg terbaik kpd anda semua.

Buat semua pelajar SMKPB, diharap agar sentiasa dapat menjadi seorang pelajar yang rajin dan gigih berusaha untuk mencapai keputusan yg cemerlang, sentiasa menghormati guru-guru, mematuhi peraturan dan disiplin sekolah, boleh berdikari sendiri dan jangan terlalu bergantung kpd guru-guru; anda perlu berusaha mencari maklumat2 berkaitan dgn subjek yg dipelajari, jgn sombong dgn apa yg anda miliki, sentiasalah merendah diri dan tanamkan hasrat di hati untuk menjadi seorang yg sentiasa bermotivasi dan mempunyai keazaman yg tinggi. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anda semua..amin!

Buat rakan2 guru..jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kpd saya dalam apa jua program yg dilaksanakan oleh UBK. Hubungan yg terjalin selama 4 tahun stgh ini sgt bermakna buat saya dan akan dikenang hingga ke akhir hayat.
Ribuan kemaafan saya pohonkan atas segala kekasaran dan kesilapan yg telah saya lakukan terhadap anda semua,. kenangan di bumi Sabah sangat bermakna buat saya.

Akhir kalam, segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt. dan segala kekurangan itu adalah berpunca dari kelemahan diri saya sendiri...

Salam sayang dari cikgu noraini ibrahim ~ SMKPB JAN 2007 - MEI 2011

0 comments: