Kita selalu beranggapan kegagalan sesuatu kerja kerana kesilapan orang lain,pelbagai alasan diberikan malah jika melibatkan kesilapan sendiri ,kita payah untuk mengakuinya.
Banyak peluang keemasan terlepas begitu sahaja kerana kesilapan yang disengajakan. Semuanya berpunca dari sikap malas. Apakah kategori yang dikatakan seseorang yang pemalas?.
Bersama ini saya senaraikan contoh-contoh alasan mereka yang dikata pemalas.
- Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukan
- Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
- Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar melakukannya.
- Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
- Mereka berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
- Mereka yang mudah melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.
- Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
- Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
- Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
- Mereka ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
- Mereka ada kelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
- Mereka yang berdaya tetapi berpura-pura tidak boleh melakukannya.
Semuanya alasan-alasan bagi mereka yang sememangnya malas, walaupun apa alasannya kalau sudah tabiat mereka sebegitu ianya dikategorikan sebagai PEMALAS & BERAT TULANG
0 comments:
Post a Comment