Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Lawatan KKRS ke Simpang Mengayau

0 comments

KKRS akan menganjurkan Lawatan ke Simpang Mengayau, Kudat, Sabah pada 29 & 30 Mei 2010. Peserta akan bermalam di Kudat Golf & Marina Resort selama 1 malam. Harga RM148 sebilik termasuk sarapan pagi pada 30 Mei 2010. Satu bilik mempunyai 2 katil atau 1 king size bed (sesuai untuk pasangan suami isteri). GBK sudah tempah (pre-reservation) 50 bilik yang terdiri daripada 38 bilik 2 katil & 12 bilik 1 king size bed. Pengangkutan adalah sendiri, boleh konvoi beramai2 dari Sipitang (akan ditentukan kemudian). Makan minum juga tanggungan sendiri. KKRS cuma uruskan penginapan. Aktiviti kebanyakkannya santai sahaja seperti ambil gambar, lepak-lepak, sembang-sembang dan merehatkan minda. Anggaran kos ke sana ialah RM300 (RM74-duit bilik, RM100-duit minyak, RM50-makan minum, RM76-cenderakenangan dan pelbagai).

Guru-guru dan AKS yang berminat untuk turut serta, sila tulis nama di atas borang yang dilekatkan di papan notis bilik guru dan bilik panitia secepat mungkin sebelum 01/04/2010. Pembayaran penginapan boleh dibuat pada minggu seterusnya untuk pengesahan tempat. Harap Maklum.

[...]

Masa BM, BI Ditambah 2011

0 comments

KUALA LUMPUR 20 Mac - Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu.

Beliau berkata, bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.

''Bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu.

''Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan.

Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.

"Ia tidak akan menyebabkan waktu persekolahan menjadi panjang kerana kita buat pengubahsuaian mana waktu kita (perlu) kurangkan dan mana waktu yang kita (perlu) tambah," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

[...]

PROGRAM LONJAKAN AKADEMIK SMKPB

0 comments

Semasa cuti persekolahan penggal pertama ini bermula 15 Mac hingga 18 Mac 2010, pihak sekolah di bawah kelolaan Unit Kurikulum dan UBK telah menganjurkan program kelas tambahan (Klinik PMR dan SPM) kepada murid tingkatan 3 dan 5 yang bakal mengambil peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Program yang julung kali diadakan ini diharap menjadi suatu wadah ilmu yang bermanfaat dan dapat memberi kesedaran kepada murid agar sentiasa mengulangkaji pelajaran dan memperbanyakkan latihan-latihan semasa berada di luar waktu pembelajaran di sekolah. Semoga kita semua dapat bersama-sama memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin demi melonjakkan lagi kecemerlangan murid SMK Padang Berampah.:D


P/S: buat rakan2 yang balik kg jgn lupa bawa ole2 tu huhuu..!


[...]

Taklimat 5 dalam 1 pada 06/02/2010

0 comments

Pelajar menerima Skim Galakan PIBG Murid Cemerlang daripada En. Richard Kamtan Tuah setelah mendapat keputusan yang baik dalam PMR 2009


Perasmi, En. Richard Kamtan Tuah sudi menyampaikan Skim Galakan PIBG Murid Cemerlang kepada pelajar yang cemerlang dalam PMR 2009

Cenderamata kepada Perasmi, En. Richard Kamtan Tuah disampaikan oleh Pengetua, Pn. Hjh. Roslinah Hj. Suhailin

Dari kiri En. Rymond Isak Uta, En. Abd. Razak Abd. Karim dan En. Richard Kamtan Tuah

Ibubapa / penjaga sedang mendaftar di kaunter pendaftaran

’Banner’ Selamat Datang, Visi dan Misi SMK Padang Berampah

’Banner’ Majlis Perjumpaan dan Taklimat Khas PIBG SMK Padang Berampah



[...]

PAYAH ATAU MALAS ?

0 comments

Kita selalu beranggapan kegagalan sesuatu kerja kerana kesilapan orang lain,pelbagai alasan diberikan malah jika melibatkan kesilapan sendiri ,kita payah untuk mengakuinya.


Banyak peluang keemasan terlepas begitu sahaja kerana kesilapan yang disengajakan. Semuanya berpunca dari sikap malas. Apakah kategori yang dikatakan seseorang yang pemalas?.


Bersama ini saya senaraikan contoh-contoh alasan mereka yang dikata pemalas.

  • Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukan

  • Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

  • Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar melakukannya.

  • Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

  • Mereka berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

  • Mereka yang mudah melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.

  • Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

  • Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

  • Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

  • Mereka ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

  • Mereka ada kelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

  • Mereka yang berdaya tetapi berpura-pura tidak boleh melakukannya.

Semuanya alasan-alasan bagi mereka yang sememangnya malas, walaupun apa alasannya kalau sudah tabiat mereka sebegitu ianya dikategorikan sebagai PEMALAS & BERAT TULANG

[...]

Usah lengah isi borang talian UPU

0 comments


Usah lengah isi borang talian UPU
Oleh Suliati Asri

suliati@hmetro.com.my
2010/03/01


DEBARAN menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah terlerai, tetapi bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengupan penantian belum reda.

Keputusan di peringkat SPM dan STPM penting kerana ia bakal menentu hala tuju pelajar, sama ada mencongak ke menara gading, memohon pekerjaan atau mengambil jurusan kemahiran atau teknikal. Bagi yang bersedia, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan selepas mendapat keputusan peperiksaan kelak.


Namun, ramai masih keliru serta tidak tahu hala tuju selepas SPM atau STPM apatah lagi jika gagal melanjutkan pengajian di menara gading walaupun mendapat keputusan cemerlang.


Justeru, bagi pelajar SPM atau STPM, ke mana hala tuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan? Mengapa menunggu terlalu lama untuk menentukan masa depan sedangkan mereka sepatutnya sudah bersedia atau berbincang dengan guru kerjaya selepas peperiksaan.


Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata pelajar sepatutnya tiada masalah menentukan hala tuju selepas SPM atau STPM.


Beliau berkata, sebelum peperiksaan, mereka mengikuti beberapa sesi peluang kerjaya atau bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian akademik.

"Debaran atau risau menunggu keputusan peperiksaan adalah lumrah kepada setiap pelajar, namun jika pelajar keliru dan tidak tahu hala tuju, ia tidak sepatutnya berlaku.


"Di sekolah menengah, pelajar didedahkan kaedah memilih bidang atau kerjaya yang sesuai dengan minat dan akademik," katanya.


Menurutnya, unit kaunseling di sekolah berfungsi membantu pelajar, jadi tidak timbul soal tidak tahu ke mana hendak pergi selepas SPM atau STPM.


"Apa yang penting, pelajar perlu melihat kesesuaian minat dengan keputusan akademik.


"Jika berminat dan akademik pula baik, ia tiada masalah. Tetapi jika minat tidak sesuai dengan akademik, guru kaunseling akan memberi panduan," katanya.


Raja Mazlan berkata, masalah yang mungkin berbangkit bagi pelajar lepasan SPM atau STPM sekarang ialah penempatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pengisian borang Unit Pengambilan Universiti (UPU).


"Selesai saja menduduki peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang UPU secara talian ke IPTA.


"Selepas mendapat keputusan, mereka hanya perlu mengemas kini borang yang diisi dan kelayakan mereka memasuki IPTA akan dinilai secara terus.


"Tetapi kelambatan pelajar mengisi borang UPU menyebabkan peluang mereka ke IPTA tipis walaupun mendapat keputusan cemerlang. "Perkara ini banyak berlaku kerana kesilapan pelajar sendiri tidak mengemas kini secepat mungkin," katanya.


Katanya, jika lambat memang sukar untuk menangani apatah lagi penempatan pelajar baru ke IPTA terhad.

"Mungkin apabila mereka memohon dan diterima, pelajar yang sepatutnya mendapat penempatan itu terpaksa dikeluarkan dan digantikan pelajar yang lambat mengisi borang UPU.


"Ia pasti mengecewakan pelajar yang mendapat tawaran awal dan tidak adil kepada pelajar yang mengisi borang UPU lebih awal," katanya.


Justeru, bagi pelajar SPM yang keputusannya akan diumumkan minggu ini, beliau meminta mereka mengisi borang UPU secepat mungkin. "Jangan kerana kelalaian anda, pelajar lain terpaksa menanggung akibat dan kementerian dipersalahkan," katanya.


Ditanya pemilihan bidang di universiti, katanya, pelajar patut pilih mengikut minat, tetapi ia turut mengambil kira keputusan peperiksaan.


"Minat dan kelayakan akademik memang perkara utama dalam membuat keputusan, tetapi jangan lupa mengambil kira pasaran kerjaya.


"Jika memilih bidang yang mudah mendapat pekerjaan, ia memang baik. tetapi jika sebaliknya, jangan menyesal apabila keluar dari universiti kelak, anda masih menganggur untuk beberapa tahun," katanya.


Semua bidang kerjaya mempunyai saingan kerana setiap tahun ramai pelajar menamatkan pengajian.


"Saya cadangkan supaya pelajar bijak dan berani memilih bidang yang baru ditawarkan di universiti kerana peluang mendapat pekerjaan lebih luas.


"Tetapi, jika mengikuti kursus yang mudah atau ramai yang mengikutinya, mereka mungkin berdepan masalah nanti," katanya.


Ketika mengisi borang UPU dan memilih IPTA, Raja Mazlan menasihatkan pelajar memilih yang terbaik untuk diri sendiri dan tidak mengikut cakap kawan atau orang lain.


"Ada sanggup memilih kursus tertentu dan universiti yang tidak sesuai kononnya tidak mahu berpisah dengan kawan baik atau kekasih.


"Akhirnya, apabila gagal, mereka terpaksa menggigit jari," katanya.


Beliau mengakui peranan ibu bapa penting bagi pelajar lepasan SPM atau STPM kerana mereka lebih berpengalaman.


"Cuma, ibu bapa jangan memaksa anak-anak mengambil jurusan pilihan mereka, tetapi memberi nasihat dan pandangan bernas.


"Memang ada ibu bapa bercita-cita mahu anak mereka mengambil kursus tertentu, sedangkan si anak tidak berminat dan mempunyai impian sendiri.


"Di tahap ini, saya berharap ibu bapa jangan memusnahkan masa depan anak-anak hanya kerana mahu mengambil kursus tertentu," katanya.

[...]