Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

MERIT MASUK IPTA TAHUN DEPAN IKUT GRED BARU

0 comments

A+ untuk lepasan SPM 2009, kuota markah asas kekal

Oleh Johari Ibrahimjoib@bharian.com.my


PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan berkenaan selaras pengenalan sistem penggredan baru oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajar SPM 2009.


Bagaimanapun, katanya, kemasukan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan memohon memasuki IPTA tahun depan, penilaian masih gunakan merit sedia ada. Beliau berkata, kuota markah asas dikekalkan iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum. Beliau berkata, melalui sistem baru itu, pelajar mendapat A dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18 markah, 16 markah dan 14 markah.


Katanya, gred B+ mendapat merit 12 markah, B (sepuluh), C+ (lapan), C (enam), D (empat), E (dua) dan G dengan merit sifar. Kementerian mengambil kira aspek kesetaraan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah yang memohon ke IPTA tahun depan menggunakan kaedah lama iaitu 18 markah bagi gred 1A, 16 (2A), 14 (3B), 12 (4B), 10 (5C), 8 (6C), 6 (7D), 4 (8E) dan 0 (9G). Pada sidang media di sini semalam, beliau berkata, perbezaan markah merit bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan 2009 tidak timbul kerana majoriti mereka yang cemerlang pada 2008 kini sudah di IPTA. "Sistem gred A+ digunakan kebanyakan negara maju untuk membezakan pelajar benar-benar cemerlang yang turut memberi kesan kepada beberapa aspek termasuk pemberian biasiswa," katanya.


Dr Radin Umar berkata, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada aliran Sains dan Sastera masing-masing mempunyai lima subjek utama yang berbeza serta tiga mata pelajaran tambahan terbaik dalam pengiraan merit. Subjek utama Sains ialah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan satu daripada kumpulan Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Lukisan Kejuruteraan, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Pengajian Agro Teknologi atau Pengetahuan Sukan. Subjek utama aliran Sastera ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan satu daripada kumpulan Pengajian Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pengetahuan Moral.

[...]

L4

0 comments

Perhatian kepada guru kaunseling SMK Pengiran Omar,
SMK Pengiran Omar 2, SMK Padang Berampah, SK Padang
Berampah & SK Pekan Sipitang, sila lawat
http://www.l4kpm.net/ untuk memuat turun borang
L4.Kemudian, sila lengkapkan seberapa cepat yang mungkin dan
hantar kembali melalui laman web tadi sebelum 31/10/2009.
Harap maklum!

nota kaki:- ada ke guru kaunseling dari sekolah-sekolah yang disebut lawat blog ni? hehehehe

[...]

Kursus plastik jana peluang pekerjaan

0 comments

Oleh Rifaat Abdul Hamid
rencana@hmetro.com.my

Profil

NAMA: Mohd Jefri Jaafar

UMUR: 35 tahun

ASAL: Jitra, Kedah

KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Kyushu Institut of Technology

JAWATAN: Ketua Bahagian Teknologi Plastik ILP

PENGALAMAN: 7 tahun

RAMAI beranggapan kursus berkaitan teknologi plastik tiada jaminan masa depan berbanding kursus sedia ada di pusat kemahiran.

Tanggapan itu tidak benar kerana kursus yang mula diperkenalkan pada 1991 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) mampu memberi penawaran pekerjaan yang baru.

Walaupun kursus itu baru, ia mampu memberi jaminan hidup yang baik.

Kerajaan kini berhasrat melahirkan lebih ramai pelatih daripada kursus itu supaya dapat mengikuti jejak negara maju mencapai ekonomi global.

Bagi negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Korea Selatan, kebanyakan pusat pengajian menawarkan kursus teknologi plastik.

Mereka bukan saja menggunakan plastik untuk kehidupan harian di rumah tetapi diperluas sehingga komponen kenderaan, peralatan komunikasi dan peralatan kapal terbang diperbuat daripada plastik.

Jadi, penawaran pekerjaan dalam industri teknologi plastik ini sangat meluas dan ia mampu menampung peluang pekerjaan terutamanya bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kini, institut pengajian tinggi swasta (IPTS) menawarkan Kursus Teknologi Plastik.

Walaupun Kursus Teknologi Plastik ini hanya ditawarkan di peringkat sijil selama dua tahun, ia memadai untuk menjadi rebutan industri perkilangan.

Saya mendapat maklumat ada bekas pelatih ILP menerima gaji lebih tinggi berbanding mereka yang memegang diploma universiti.

Malah, ada ditawarkan bekerja di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Mesir.

Justeru, bagi melahirkan lebih banyak pelatih yang berkebolehan dan cekap, ILP sentiasa menaik taraf sistem pembelajarannya.

ILP menyediakan mesin terkini seperti Demag, Battenfeld dan Kawaguchi bagi memudahkan pelatih mengadaptasi teknologi semasa.

[...]

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

0 comments

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.
Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.
Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.
Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.
“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.
Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.
Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.
Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.
Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.
Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.
Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.
Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.
Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Sumber: Utusan Malaysia

NOTA KAKI:- DI MANAKAH MALAYSIA??

[...]

PRS new version

0 comments


Dari kiri baris ketiga berdiri:- Lawrance Kimin, Billy Stephan, Sariffudin Kapong, Sabian Taniou, Mohd Ajmal Japeli.


Dari kiri baris kedua berdiri:- Clarice Sandra Rajim, Alice Maxcimus, Abeygail Ronnie, Alwievie Flories Alip, Roschil Yalex, Bridget Cyrill, Nur Khairos Nizra Kaimin, Sharina Weeltha, Nurul Syazwani Loranes, Noni Paya, Debora Phillip.


Dari kiri duduk:- Sandra Suffian, Pn. Zuraini Bt Musa, En. Mohd Jusmanizal Bin Ismail, Cik Noraini Bt. Ibrahim, Mellveen Darius.



[...]

Anda selalu guna otak kiri atau otak kanan atau tak guna otak?

0 comments

OTAK KIRI : Otak kiri kita pula memproses maklumat yang berbentuk perbualan, pemikiran logik dan analisis. Otak kiri kita amat hebat dalam proses menamakan serta mengkategorikan sesuatu, simbol, ucapan, mambaca, menulis dan mengira.Otak kiri kita memproses maklumat secara linear dan mengikut urutan. Jika kita lihat balik sistem pendidikan kita, kita dilatih untuk menguasai pembacaan, penulisan serta pengiraan dan kesemua ini melibatkan otak kiri kita.

OTAK KANAN:Otak kanan kita berfungsi untuk mengawal aspek-aspek seperti persepsi, ruang, penglihatan, kreativiti dan intuisi. Cara otak kanan kita memperoses maklumat adalah berbeza dengan otak kiri.Otak kanan memproses maklumat dengan cepat dan secara tak linear dan tak bersiri. Otak kanan kita melihat sesuatu secara menyeluruh dan cuba mencari perkaitan di antara satu sama lain. Cara otak kanan kita memproses maklumat amat sukar diterangkan melalui perkataan kerana ia amat kompleks.

[...]