Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Kursus plastik jana peluang pekerjaan

Oleh Rifaat Abdul Hamid
rencana@hmetro.com.my

Profil

NAMA: Mohd Jefri Jaafar

UMUR: 35 tahun

ASAL: Jitra, Kedah

KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Kyushu Institut of Technology

JAWATAN: Ketua Bahagian Teknologi Plastik ILP

PENGALAMAN: 7 tahun

RAMAI beranggapan kursus berkaitan teknologi plastik tiada jaminan masa depan berbanding kursus sedia ada di pusat kemahiran.

Tanggapan itu tidak benar kerana kursus yang mula diperkenalkan pada 1991 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) mampu memberi penawaran pekerjaan yang baru.

Walaupun kursus itu baru, ia mampu memberi jaminan hidup yang baik.

Kerajaan kini berhasrat melahirkan lebih ramai pelatih daripada kursus itu supaya dapat mengikuti jejak negara maju mencapai ekonomi global.

Bagi negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Korea Selatan, kebanyakan pusat pengajian menawarkan kursus teknologi plastik.

Mereka bukan saja menggunakan plastik untuk kehidupan harian di rumah tetapi diperluas sehingga komponen kenderaan, peralatan komunikasi dan peralatan kapal terbang diperbuat daripada plastik.

Jadi, penawaran pekerjaan dalam industri teknologi plastik ini sangat meluas dan ia mampu menampung peluang pekerjaan terutamanya bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kini, institut pengajian tinggi swasta (IPTS) menawarkan Kursus Teknologi Plastik.

Walaupun Kursus Teknologi Plastik ini hanya ditawarkan di peringkat sijil selama dua tahun, ia memadai untuk menjadi rebutan industri perkilangan.

Saya mendapat maklumat ada bekas pelatih ILP menerima gaji lebih tinggi berbanding mereka yang memegang diploma universiti.

Malah, ada ditawarkan bekerja di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Mesir.

Justeru, bagi melahirkan lebih banyak pelatih yang berkebolehan dan cekap, ILP sentiasa menaik taraf sistem pembelajarannya.

ILP menyediakan mesin terkini seperti Demag, Battenfeld dan Kawaguchi bagi memudahkan pelatih mengadaptasi teknologi semasa.

0 comments: