Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Fenomena Facebook

0 comments

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua, hari ini 22/09/2011 telah dilancarkan secara rasmi page UBK SMKPB di facebook, tuan-tuan, puan-puan, cikgu-cikgu dan anak-anak murid sekalian bolehlah LIKE page UBK SMKPB. Jasa anda memberi sokongan terhadap semua aktiviti UBK SMKPB dari dahulu hingga sekarang amatlah dihargai. Terima kasih. Anda boleh klik link ini untuk melihat aktiviti / program terkini yang dianjurkan UBK SMKPB http://www.facebook.com/pages/UBK-Smkpb/141889395907500

[...]

Matrikulasi sesi 2012 / 2013

0 comments

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 telah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm pelajar-pelajar juga boleh klik pautan ini untuk terus memohon
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/

[...]

Senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah

0 comments

Senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah

Oleh Yussamir Yusof

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan.
Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.

Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar.
Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.
Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.

Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.

Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

[...]

Universiti Awam di Malaysia

0 comments

Universiti Awam di Malaysia

Universiti Malaya

Tel : +603-7967 7022/3273

Fax : +603-7956 0027

E-mel : icr@um.edu.my

Universiti Sains Malaysia

Tel : +604-653 3140/3314

Fax : +604-658 9666

E-mel : pro@notes.usm.my

Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: +603 8921 5555,

E-mel: webmaster@ukm.my

Universiti Putra Malaysia

Tel: 03-8946 6000

Fax: 03-8948 7273

E-mel:webmaster@putra.upm.edu.my

Universiti Teknologi Malaysia

Phone : (6)07 – 5530463

Fax : (6)07 – 5581791

E-mel : upa@utm.my

Universiti Utara Malaysia

Tel : (604) 928 3168 / 3108 / 3174

Fax : (604) 928 3115

E-mel : hea@uum.edu.my

Universiti Malaysia Sarawak

Tel: + 60 82 581 000 /+60 82 581 388

Fax: +60 82 665 088

Universiti Malaysia Sabah

Tel: (+6088) 320000 atau 320474

Fax : (+6088) 320223

E-mel : crd@ums.edu.my

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tel: +605-4506624

Faks : +605-4582670

E-mel : akademik@upsi.edu.my

University Teknologi Mara

Tel : +603-55442000

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tel: (+603) 6196 4000

Fax: (+603) 6196 4053

E-mel: webmaster@iium.edu.my

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : +609-6684391

Faks : +609-6684390

Emel : pro[at]umt.edu.my

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tel: +607-453 7000/7025/7020

Fax: +607-453 6337

E-mel: webmaster@uthm.edu.my

Universiti Malaysia Pahang

Tel:09-549 2501

Faks:09-549 3199

E-mel: pro@ump.edu.my

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel: 603-22847525

Fax: 603-22847364

E-mel: ipba@tm.net.my

Universiti Sains Islam Malaysia

Tel: +606-798 8000

Faks: +606-799 3843/8131

E-mel: pro@usim.edu.my

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Phone: +606-555 2000

Fax: +606-331 6247

webmaster@utem.edu.my

Universiti Malaysia Perlis

Tel : 04-9798008

Faks : 04-9798011

E-mel : pro@unimap.edu.my

Universiti Darul Iman Malaysia

Tel: 09-6220707

Faks: 09-6221785

Universiti Malaysia Kelantan

Tel : 609 – 771 7000

Faks : 609 – 771 7022

[...]