Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Guru muda berpeluang jadi pengetua

0 comments

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

Idea orang muda lebih ke depan?
Bagaimanapun, guru senior tidak harus dilupakan kerana gabungan kedua-duanya jamin kecemerlangan

BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa kepada perubahan kenaikan pangkat pengetua dan guru besar.
Kini ia tidak lagi tertakluk kepada faktor kekananan, tetapi mengambil kira pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, enam teras NKRA ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan meliputi agenda kerajaan menawarkan ba'iah baru kepada pengetua serta guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan KPI sekolah masing-masing.

Alimuddin berkata, antara elemen utama dalam KPI peringkat sekolah rendah ialah semua murid normal yang bersekolah dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sebelum memasuki tahun empat, sasaran 100 peratus murid celik huruf serta kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

Di peringkat sekolah menengah, KPI akan menumpukan perhatian antara lain kepada bidang kebitaraan (nitch area) masing-masing serta kejayaan yang dicapai termasuk peringkat antarabangsa.

Ramai menyokong dasar itu kerana sudah sampai masanya perubahan baru dilakukan bagi memantapkan sistem pendidikan di negara ini.

Namun, sejauh mana pelaksanaan dasar itu membantu dalam pentadbiran dan kecemerlangan sekolah?

Apakah faktor kekananan yang diguna pakai selama ini tidak efektif dalam pemilihan pengetua dan guru besar sehingga ia perlu dirombak?

Selain itu, tidakkah dengan pelaksanaan dasar ini akan memberi impak negatif terutama kepada guru senior?

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata kaedah baru pelantikan pengetua dan guru besar itu satu langkah yang baik.

Beliau berkata, langkah itu memastikan sesiapa yang dipilih menerajui sesebuah sekolah adalah mereka yang cemerlang dan mempunyai rekod yang baik.

"Kemampuan seseorang dalam menerajui sebuah institusi pendidikan terutama sekolah adalah penting kerana ia ibarat tonik kepada kecemerlangan pelajar dan sekolah.

"Jadi, dasar ini akan mewujudkan lebih banyak sekolah cemerlang dan setaraf dengan sekolah bertaraf dunia.

"Namun, faktor kekananan yang diguna pakai sekarang tidak perlu diluputkan sebaliknya digabungkan dengan pelaksanaan dasar baru ini iaitu cemerlang dan berpengalaman," katanya.

Azam berkata, faktor kekananan yang diguna pakai selama ini bagus, tetapi sudah sampai masanya ia perlu diubah.

"Jika dilihat, menerusi faktor kekananan ini, seseorang pengetua dan guru besar itu dilantik berlandaskan senioriti dan tempoh perkhidmatannya.

"Jadi, walaupun tidak punya KPI yang tinggi atau cemerlang, mereka boleh memegang jawatan itu.

"Ia akan menafikan hak mereka yang cemerlang dan mampu menaikkan prestasi sekolah," katanya.

Faktor itu, katanya, sangat merugikan bukan saja kepada masa depan sekolah dan pelajar, tetapi pendidikan negara.

"Seseorang yang cemerlang pastinya mempunyai visi dan misi. Jika tidak mendapat peluang hanya kerana tempoh perkhidmatan, sedangkan mereka layak, kita kerugian.

"Justeru, jika mereka diberi peluang menjadi pengetua atau guru besar, potensi sesebuah sekolah lebih cemerlang amat besar," katanya.

Sudah lumrah, sesuatu dasar yang diubah pastinya ada kebaikan dan keburukan.

Perkara itu dipersetujui Azam kerana sesuatu dasar itu perlu diubah mengikut perkembangan semasa.

"Kita sudah lama merdeka dan perlukan perubahan.

"Perubahan ini tidak merugikan sesiapa sebaliknya memberi keuntungan terutama dalam meningkatkan prestasi sekolah," katanya.

Menurutnya, perubahan itu akan menjadikan sektor pendidikan di negara ini setaraf dengan sekolah di luar negara.

Sebagai guru yang 32 tahun menjadi pendidik, Azam meminta pelaksanaan dasar ini tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada sesiapa terutama guru.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata perubahan itu adalah tindakan yang bagus.

"Seseorang pengetua atau guru besar perlu mempunyai kecemerlangan kerana ia adalah jaminan kepada sebuah sekolah yang terbaik.

"Mereka yang dilantik juga perlu mempunyai kepemimpinan dan kreativiti yang tinggi selain pemikiran baru bagi menaikkan taraf pendidikan di negara ini," katanya.

Menurutnya, jika guru muda berkemampuan dan cemerlang, mereka boleh dilantik menjadi guru besar atau pengetua.

"Kini, ramai orang muda yang mempunyai kebolehan terutama pentadbir yang baik. Idea mereka kadangkala lebih ke hadapan untuk menjulang kecemerlangan sekolah.

"Secara tidak langsung, ia suatu motivasi kepada sesiapa saja untuk membuktikan kecemerlangan dan dilantik kerusi nombor satu di sekolah," katanya.

Katanya, jika orang muda dilantik sebagai pengetua atau guru besar, jangan pula melupakan guru berpengalaman atau senior kerana gabungan kedua-duanya menjamin kecemerlangan sekolah berterusan.

[...]

Cemerlang melalui sukan

0 comments

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com

Cadangan Kementerian Pelajaran mewa jibkan subjek sukan dan pendidikan jasmani dalam ku rikulum sekolah menengah seperti di Australia boleh men capai kejayaan jika sistem pelaksanaannya berkesan

PENDIDIKAN jasmani adalah subjek yang pastinya di tunggu-tunggu pelajar setiap minggu termasuk penulis ketika pada zaman persekolahan. Subjek pendidikan jasmani bukan sekadar untuk bersukan tetapi menghilangkan tekanan selepas seharian belajar.


Bagaimanapun, subjek pendidikan jasmani itu hanya di pandang remeh dan tiada perhatian khusus kerana ia bukanlah salah satu subjek dalam kokurikulum.

Malah, sesetengah pelajar juga tidak mengendahkan aktiviti sukan atau pendidikan jasmani dan hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata.

Namun, Kementerian Pelajaran melihat kepentingan subjek itu dalam merealisasikan kecemerlangan pelajar di sekolah.

Dalam pendidikan menengah di Australia, setiap pelajar diwajibkan mengambil subjek sukan dan pendidikan jasmani yang diterapkan dalam kurikulum sekolah.

Usul itu kini sedang diteliti untuk diperkenalkan di semua sekolah di negara ini kerana ia didapati berjaya dilaksanakan di sekolah di Australia meskipun maksimum enam subjek dihadkan untuk pelajar menengahnya bagi memasuki universiti.

Perkongsian kos prasarana sukan dengan universiti berdekatan mungkin dilakukan. Pelajar yang berminat mengambil pendidikan jasmani, boleh berbuat demikian sebagai satu mata pelajaran.

Jika diteliti, langkah untuk melaksanakan perkara itu amat bagus. Tetapi adakah ia sesuai dilaksanakan di negara ini?

Adakah kita cukup yakin konsep yang dilaksanakan di sekolah menengah di Australia itu akan mencapai kejayaan apabila diperkenalkan di negara ini kerana budaya dan latar belakang pendidikan berbeza?

Yang dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata cadangan Kementerian Pelajaran itu boleh mencapai kejayaan tetapi sistemnya perlu diperting katkan.

Beliau berkata, pendidikan jasmani adalah mata pelajaran yang wajib di sekolah sejak dulu lagi. Bagaimanapun, ia tidak diberi perhatian sepenuhnya.

“Justeru, jika sukan dan pendidikan jasmani ini wajib diterapkan dalam kokurikulum sekolah menengah, ia satu usaha yang baik.

“Selain itu, langkah itu pasti berhasil jika sistem yang diguna pakai dalam subjek pendidikan jasmani di sekolah ditambah baik,” katanya.

Azam berkata, Kementerian Pelajaran perlu melihat semua aspek terutama tenaga pengajar yang mahir.

Jika dilihat senario di kebanyakan sekolah, guru yang mengendalikan pendidikan jasmani tidak mempunyai latar belakang dalam bidang itu.

“Bayangkan jika guru agama, Matematik atau Bahasa Melayu terpaksa mengambil alih tugas itu, tentu hasilnya mengecewakan,” katanya.


Beliau berharap apabila subjek itu diwajibkan kelak, jangan berlaku seperti sesetengah mata pelajaran wajib yang tidak mempunyai tenaga pengajar berkelayakan.

Katanya, mengenai cadangan kementerian mahu mengguna pakai sistem pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah menengah di Australia dan berkongsi kos prasarana sukan dengan universiti berdekatan, ia sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

“Tidak semua sekolah di negara ini mempunyai peralatan sukan yang lengkap. Jadi, dengan berkongsi prasarana itu dengan universiti, aktiviti sukan dan pendidikan jasmani ini boleh berjalan dengan baik.

“Perkongsian itu dapat menjimatkan perbelanjaan sekolah,” katanya.

Katanya, jika pelajar berminat mengambil pendidikan jasmani, dia boleh berbuat demikian sebagai satu subjek pelajaran seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun, ia mungkin menghadapi sedikit masalah di sekolah di negara ini.

“Sistem pendidikan di Australia hanya mengehadkan enam subjek sahaja untuk memasuki universiti tetapi kita memerlukan maksimum 10 subjek.

“Namun, saya berharap kementerian akan melaksanakan program itu di negara ini jika kajian membuktikan ia membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPSM), Mohd Nordin Awang, berkata langkah itu wajar dilaksanakan kerana sukan penting bagi melahirkan pelajar cemerlang.

Katanya, walaupun kokurikulum itu penting, tapi kita tidak mahu kualiti pelajar kita hanya dikategorikan sebagai pandai tetapi tidak cerdik.

“Kebanyakan pelajar kita lebih menumpukan kepada ko kurikulum semata-mata dan tidak mengendahkan sukan atau pendidikan jasmani.

“Kokurikulum memang penting tetapi aktiviti sukan juga memberi manfaat terutama dari aspek kesihatan dan kecemerlangan,” katanya.

Senario pendidikan di negara ini mendapati kebanyakan pelajar yang dikategorikan pandai, gagal dalam sukan atau tidak mengambil berat aspek itu.

“Keadaan ini perlu dielakkan kerana dengan mengikuti aktiviti sukan atau berpersatuan, banyak ilmu yang mereka boleh peroleh.

“Pendidikan jasmani atau sukan bukan hanya bermain bola sepak tetapi skopnya luas,” katanya.

Nordin berkata, mungkin pelajar tidak sedar dengan mengikuti aktiviti sukan dan berpersatuan, mereka boleh belajar banyak kemahiran terutama dalam komunikasi.

“Selain itu, banyak aspek sains sukan yang boleh memberi manfaat kerana di peringkat antarabangsa, ia bidang yang menjadi tumpuan masyarakat.

“Kerjaya dalam sukan juga menjamin masa depan kerana banyak majikan berminat mengambil mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang itu,” katanya.

[...]

Nak Masuk IPTA Tak? Kalau nak.. benda ni kene tau ok..

0 comments


KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SELARAS DENGAN PENGREDAN BARU SPM
OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MULAI SESI AKADEMIK 2010/2011
DASAR PENENTUAN ALIRAN
1. Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu :
· Aliran Sains
· Aliran Sastera
2. Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai
4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :
ALIRAN SAINS
Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi atau mata pelajaran
berikut : Pengajian Kejuruteraan
Awam / Pengajian Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik / Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal / Reka
Cipta / Lukisan Kejuruteraan /
Ekonomi Rumah Tangga /
Teknologi Maklumat / Prinsip
Akaun / Perdagangan / Ekonomi
Asas / Sains Pertanian /
Pengajian Agro Teknologi /
Pengetahuan Sains Sukan

ALIRAN SASTERA
Bahasa Malaysia
Matematik
Sains
Sejarah
Pengajian Islam / Pendidikan Al-
Quran dan As-Sunah /
Pendidikan Syariah Islamiah /
Pengetahuan Moral
2
PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MERIT
3. Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik
(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
4. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan
pengiraan markah adalah seperti berikut :
GRED
DAHULU
(Sebelum 2010)
SEKARANG
(Mulai 2010)
NILAI
- A+ 18
1A A 16
2A A- 14
3B B+ 12
4B B 10
5C C+ 8
6C C 6
7D D 4
8E E 2
9G G 0
5. Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
i. 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
ii. 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain
ALIRAN SAINS
6. Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :
6.1 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
i. Matematik
ii. Matematik Tambahan
iii. Fizik
iv. Kimia
v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian
Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik /
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan
/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi
3
/Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun /
Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan
Dan
6.2 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil
ALIRAN SASTERA
7. Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
7.1 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-
a. Bahasa Melayu
b. Matematik
c. Sains
d. Sejarah
a. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;
Dan
7.2 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
CONTOH PENGIRAAN
8. Contoh Pengiraan Merit Aliran Sains
8.1 Calon Aliran Sains Mengambil 9 Mata Pelajaran
Bil. Mata Pelajaran Gred
1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pendidikan Islam A+
4. Sejarah A+
5. Matematik A+
6. Matematik Tambahan A
7. Fizik A-
8. Kimia A
9. Biologi A4
8.2 Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sains)
Bil. Mata Pelajaran Gred Nilai (Markah)
1. Matematik A+ 18
2. Matematik Tambahan A 16
3. Fizik A- 14
4. Kimia A 16
5. Biologi A- 14
JUMLAH 78
8.3 Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM Lain Yang
Diambil (Aliran Sains)
Bil. Mata Pelajaran Gred Nilai (Markah)
1. Bahasa Melayu A+ 18
2. Bahasa Inggeris A+ 18
3. Pendidikan Islam A+ 18
JUMLAH 54
8.4 Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran
Utama Aliran Terbaik
Markah MP Utama Aliran = 78 x 90 = 78
90
Markah MP Terbaik = 54 x 30 = 30
54
Jumlah
Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90
120
= (78 + 30) x 90
120
= 81
5
9. Contoh Pengiraan Merit Aliran Sastera
9.1 Calon Aliran Sastera Mengambil 9 Mata Pelajaran
Bil. Mata Pelajaran Gred
1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pengetahuan Moral B+
4. Sejarah C+
5. Matematik B
6. Sains B
7. Perdagangan C+
8. Ekonomi Asas C
9. Ekonomi Rumah Tangga A
9.2 Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera)
Bil. Mata Pelajaran Gred Nilai (Markah)
1. Bahasa Melayu A+ 18
2. Matematik B 10
3. Sains B 10
4. Sejarah C+ 8
5. Pengetahuan Moral B+ 12
JUMLAH 58
9.3 Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM Lain Yang
Diambil (Aliran Sastera)
Bil. Mata Pelajaran Gred Nilai (Markah)
1. Bahasa Inggeris A+ 18
2. Ekonomi Rumah Tangga A 16
3. Sejarah C+ 8
JUMLAH 42
9.4 Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran
Utama Aliran Terbaik
Markah MP Utama Aliran = 58 x 90 = 58
90
6
Markah MP Terbaik = 42 x 30 = 23.3
54
Jumlah
Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90
120
= (58 + 23.3) x 90
120
= 60.9
10. PENYEDIAAN SUSUNAN MERIT
10.1 Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%)
dan Markah Kokurikulum (10%).
i. Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
ii. Jika masih ‘tie’ jumlah markah akademik diambil kira ;
iii. Jika masih ‘tie’ jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
iv. Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon
akan diambil kira ;
10.2. Gred A+ dijadikan indikator pertama jika pelajar mempunyai markah merit
yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
10.3 Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan indikator penyusunan
merit calon jika berlaku `tie’.
· Nota : MP = Mata Pelajaran
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Oktober 2009
Nota kaki:- Maklumat lanjut,
klik sini

[...]

SEGALANYA KEHENDAKNYA

0 comments

Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu
derita hidupmu retaknya hatimu
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya.

[...]