Anniversary 14th July

Daisypath Anniversary tickers

Buku Pelawat..Sila daftar di sini

Selamat Tinggal SMKPB!!!

0 comments

Berkuatkuasa 01/06/2012, saya telah pun bertukar dan berkhidmat di sekolah baru iaitu Sek Men Vokasional Gombak, Selangor. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf atas semua kesalahan yang saya telah lakukan kepada semua warga SMK Padang Berampah, terutamanya guru-guru, murid-murid, AKS dan staf SMKPB. Halalkan makan minum selama saya berada di sini. Banyak kenangan yang telah dicipta dan semua kenangan tersebut akan sentiasa tersemat di hati. Oleh itu UBK SMKPB akan diurus oleh Cikgu Siti Hasnawati. Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik kepada beliau. Terima kasih kerana sentiasa membaca dan menyokong blog UBK SMKPB. Terima kasih untuk segalanya!!! 02/01/2008 - 31/05/2012 ~kenangan terindah~

Mohd Jusmanizal Bin Ismail

[...]

Permohonan KPLSPM Maktab Perguruan PISMP 2012

0 comments

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012. Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 5 April 2012.

Bagi calon lepasan SPM sebelum ini menantikan permohonan ke maktab perguruan atau KPLSPM yang mana kini dipanggil PISMP 2012, iklan permohonan telahpun dibuka untuk tindakan pemohon.

Sebelum ini, program yang dahulunya dipanggil maktab perguruan, ditukar ke Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia KPLSPM dan kini dipanggil Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Oleh demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia Memperlawa lepasan SPM yang berminat untuk memohon mengikut maklumat yang disertakan dibawah :

Maklumat Program:

Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan

Mod Kursus: Sepenuh Masa

Struktur Program

Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)

Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)

Syarat dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta ; lulus Bahasa Inggeris, Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan

1. Sekolah Kebangsaan (SK)

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 5 April 2012.

Makluman dan Perhatian

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Diharapkan maklumat bekenaan permohonan KPLSPM 2012 atau PISMP perguruan ini memberikan berita gembira kepada yang ingin memohon dan layak memohon.

Muat Turun/ Download Iklan Penuh KPLSPM / PISMP 2012 KLIK SINI


[...]

BIODATA NABI MUHAMAD S.A.W.

0 comments

Nama:

• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :

• Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :

• Abu Qasim , Al-Amin.

Bangsa :

• Arab Quraisy

Agama :

• Islam

Tarikh Lahir :

• Hari Isnin

• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah (

Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )

• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :

• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :

• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :

• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :

• Aminah binti Wahab bin Abdu

Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :

• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] ,

Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :

• Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :

• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :

• Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :

• Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :

• Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :

• Hamzah , Al-A’bbas.

• Sufiah , Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :

• Mariah al-Qibtiah , Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :

• Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :

• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :

• Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :

• Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :

• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :

• Badan tinggi sedang.

• Rambut ikal mayang.

• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.

• Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu.

• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :

• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:

• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :

• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.

Pendidikan :

• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :

• Gembala Kambing.

• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul

• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :

• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :

• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :

• Menjadi Nabi.

• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .

• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :

• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.

• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.

• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].

• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :

• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].

صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :

• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :

• Diusir oleh penduduk Ta’if.

• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu

• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :

• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah

• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :

• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.

• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].

• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.

• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :

• Abu bakar as-Siddiq.

• Umar al-Khattab.

• Uthman bin Affan.

• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :

• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].

• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :

• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :

• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].

• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :

• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :

• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :

• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :

• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :

• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :

• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :

• Hassan bin Ali.

• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :

• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :

• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :

• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :

• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :

• Waktu pagi hari Isnin.

• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8

Jun 632M

• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

[...]